Gaya hidup›Travel
Koronavirus: Pejabat Kesihatan Langkawi Tempatkan Petugas Di 5 Lokasi
LANGKAWI, 26 Jan (Bernama) — Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi menempatkan petugasnya di lima lokasi sekitar pulau pelancongan ini untuk melaksanakan proses saringan ketibaan pelancong, susulan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia ketika ini. Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi Dr Mohd Lutpiyudin Azidin berkata lokasi itu adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) […]
6 Orang Kru Malindo Air Dikuarantin Selepas Naiki Penerbangan Dengan Pelancong China Disyaki Dijangkiti Koronavirus
Kuala Lumpur, 26 Jan – Seramai 6 orang kru penerbangan Malindo Air dikuarantin sehingga 14 hari di Zhengzhou, China setelah menaiki penerbangan bersama seorang pelancong China yang disyaki terkena jangkitan koronavirus. Menurut Malindo Air, kru terlibat menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada 24 Januari lalu. “Malindo Air memantau situasi ini dengan dekat dan […]
Koronavirus: Masjid Putra Ditutup Kepada Bukan Islam, Hanya Untuk Solat
PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) — Masjid Putra, di sini, ditutup untuk lawatan bagi pengunjung bukan beragama Islam bermula pukul 2 petang tadi susulan kebimbangan terhadap wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV). Jurucakap pengurusan Masjid Putra ketika dihubungi Bernama berkata penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak dan buat masa ini masjid tersebut hanya […]
Laluan Pintu Masuk ICQ Padang Besar Lengang
PADANG BESAR, 26 Jan (Bernama) — Tidak seperti kebiasaannya pada musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina, keadaan di pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar kelihatan agak lengang berikutan kebimbangan orang ramai terhadap penularan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV). Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis, Basri Othman berkata seperti tahun sebelum ini pihaknya menjangkakan […]
Hong Kong Kesan Kes Ke-6, Bakal Perketat Kawalan Sempadan Negara
Hong Kong – Kerajaan Hong Kong mengesahkan kes keenam koronavirus melibatkan warga tempatan yang kedua dijangkiti virus itu. Pesakit itu didakwa baru pulang dari Wuhan menaiki kereta api laju dan mempunyai simptom demam sebelum disahkan positif koronavirus. Mangsa merupakan warga negara kedua disahkan dijangkiti virus dari enam kes di negara berkenaan. Menteri kesihatan tempatan berkata […]
TH Tanggung Kos Bayaran Visa Bakal Jemaah Haji
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Lembaga Tabung Haji (TH) akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) (bersamaan kira-kira RM326) yang perlu dibayar 31,600 bakal jemaah haji selepas kerajaan Arab Saudi memperkenalkan caj berkenaan bermula musim Haji 1441H/2020M. Pengurus Besar Kanan Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata ia merupakan […]
Polis Tahan Semula Pesakit Disyaki Dijangkiti Koronavirus Didakwa Lari Dari Hospital, Mengelak Dari Dikuarantin
Kuala Lumpur, 26 Jan: Polis menahan semula kanak-kanak warga China bersama ibubapanya yang didakwa cuba melarikan diri ke luar negara kerana enggan dikuarantin akibat disyaki dijangkit koronavirus. Mereka sekeluarga ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din. Dalam satu gambar dipercayai laporan polis yang tular di […]
Koronavirus: China Kuatkuasa Sekatan Halang Rakyatnya Melancong Ke Luar Negara
Kerajaan China bertindak menghalang rakyatnya daripada melancong ke luar negara bagi mengelakkan penyebaran koronavirus. Menurut The New York Times, kerajaan China pada Sabtu menyatakan bahawa mereka akan menggantung semua kumpulan pelancongan dan penjualan tiket penerbangan serta pakej hotel bagi rakyatnya yang menuju ke luar negara, berkuatkuasa mulai Isnin. Persatuan agensi pelancongan China memaklumkan bahawa kumpulan […]

Koronavirus: Netizen Lancar Petisyen Atas Talian Minta Kerajaan Halang Pelancong China Masuk Malaysia
Susulan kes pertama koronavirus melibatan 3 warga China yang masuk ke Malaysia, segelintir netizen menggesa kerajaan untuk menyekat kemasukan pelancong negara itu buat masa ini. Satu petisyen dimulakan individu bernama Muhammad Zaim Yusran Mohd Zaidy untuk mengumpul tanda tangan 25,000 rakyat Malaysia untuk meminta kerajaan menghalang kemasukan pelancong China ke negara ini. “Kerajaan perlu mengutamakan […]
Penumpang Antarabangsa, Kru Pesawat Diimbas Untuk Koronavirus Di Lapangan Terbang – MAHB
KUALA LUMPUR, 25 Jan — Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang antarabangsa di lapangan terbang pintu masuk utama di seluruh negara susulan penularan wabak coronavirus di Wuhan, China. Sebagai pengendali lapangan terbang, MAHB bersama-sama agensi dan syarikat penerbangan berkaitan telah mengambil langkah tambahan bagi memastikan risiko pendedahan diminimumkan […]
Filipina Dilapor Hantar Pulang Ratusan Pelancong China Balik Ke Wuhan
Pegawai penerbangan Filipina pada semalam menyatakan bahawa kira-kira 500 pelancong China dari Wuhan yang mendarat di Kalibo, Aklan akan dihantar pulang ke tempat asal mereka, lapor CNN. Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam, Carmelo Arcilla, menyatakan bahawa pesawat daripada syarikat Royal Air Charter dan Pan Pacific Airline akan digunakan bagi menghantar pulang kesemua pelancong tersebut. Kesemua […]

Selepas Tembok Besar, Disneyland Shanghai Pula Ditutup
Negara China pada masa kini ibarat sedang ‘lumpuh’ apabila pihak berkuasa dan peniaga terpaksa menutup tempat pelancongan dan sistem pengangkutan awam dalam usaha untuk mencegah penyebaran koronavirus yang sekurang-kurangnya telah membunuh 26 orang. Peristiwa yang mengerikan ini juga memperlihatkan sebahagian dari tembok besar China dan Disneyland di Shanghai telah ditutup kerana pihak berkuasa sangat berusaha […]

Wanita Ada Simptom Virus Makan Ubat Turun Suhu Semata Nak Terbang Ke Paris Jumpa Kekasih
Wabak koronavirus terus merebak di China sehingga pihak berkuasa di sana mengambil keputusan untuk membina hospital baharu bagi memuatkan orang ramai yang dijangkiti virus tersebut. Tidak hanya di China, koronavirus juga telah merebak di beberapa buah negara lain termasuk di Taiwan, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Jepun serta terbaharu di Singapura. Bagi mengelakkan virus terus […]
Virus Menular, Kerajaan Tutup Akses Semua Bahagian Tembok Besar China
Penyebaran wabak koronavirus di sekitar wilayah China berada pada tahap membimbangkan ketika ini. Hal ini telah mengejutkan dunia apabila angka kematian dan jangkitan meningkat dari semasa ke semasa. Sehingga kini, mangsa kematian melibatkan kes mencecah 26 orang dan lebih 800 orang dijangkiti. Terbaru, menerusi Twitter The Spectator Index, kerajaan China telah menutup ke semua akses […]
Tak Berhati Perut, Pasangan Dari China Didakwa Tinggal Anak Di ”Airport” Disyaki Dijangkiti Koronavirus
Perayaan Tahun Baru Cina lazimnya adalah masa untuk disambut bersama keluarga, namun lain pula ceritanya bagi sepasang suami isteri ini apabila mereka didakwa meninggalkan 2 orang anak mereka di Lapangan Terbang Nanjing, China selepas salah seorang daripada mereka menunjukkan tanda-tanda tidak sihat. Menurut salah seorang penumpang yang memuat naik berkenaan insiden tersebut di akaun Weibonya, […]
Koronavirus: 8 Bandar Dikuarantin, Sambutan Tahun Baru Cina Dibatalkan, Sekolah Ditangguh
Sebanyak lapan bandar termasuk Wuhan dikuarantin susulan penyebaran wabak yang meragut 25 nyawa sejak mula dikesan pada Disember lalu. Semua penduduk dan pengangkutan tempatan dihalang keluar masuk ke bandar terlibat. Semua jalan pengangkutan udara, air dan darat yang menghubungkan Wuhan ke bandar lain di wilayah Hubei disekat, lapor South China Morning Post (SCMP). Antara bandar […]
Koronavirus: Air Asia Batalkan Semua Penerbangan Pergi Dan Balik Dari Wuhan
Memandangkan keadaan kesihatan baru-baru ini tidak mengizinkan dan pengumuman kerajaan, semua penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke Wuhan, China dibatalkan buat sementara waktu sehingga 28 Januari 2020. AirAsia menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan tetamu dan Allstars adalah keutamaan kami. AirAsia mematuhi nasihat dan peraturan dari pihak berkuasa kesihatan global dan tempatan, termasuk Pertubuhan […]
Enjin Pesawat Malindo Alami Kebakaran Kecil, Penerbangan Dibatalkan
Petaling Jaya, 23 Jan – Malindo Air mengesahkan salah satu enjin kapal terbang OD 1231 mengalami kebakaran kecil ketika di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada 8.10 pm semalam. Menurut Malindo Air, penerbangan yang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang itu dijadualkan berlepas dari Kota Bharu pada 7.10pm dan dijangka […]
Dah Ada Di Mekah Pun Nak Tipu Orang, Ini 8 Jenis ‘Scam’ Yang Berlaku Di Tanah Suci Umat Islam
Tidak kisah seberapa banyak mana pun anda travel, anda sentiasa berpotensi untuk di scam oleh penipu yang suka mengambil kesempatan. Tanah suci turut tidak lari dari mempunyai scammer yang berbuat demikian demi mengaut keuntungan. Ikuti perkongsian Hilmi Mazlan tentang kumpulan scammer yang mungkin cuba untuk mengambil kesempatan keatas anda sewaktu tanah suci. Sahabat yang dihormati, […]
Penerbangan Ditunda Dan Dilencongkan Setelah Menara Kawalan Changi Airport Terpaksa Dikosongkan
SINGAPURA, 23 Jan (Bernama) — Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi Singapura terganggu pada 12.10 tengah malam tadi setelah Menara Kawalan Changi terpaksa dikosongkan. Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), menara kawalan itu terpaksa dikosongkan berikutan sistem halangan kebakaran diaktifkan. Operasi penerbangan pulih pada pukul 1.40 pagi apabila menara kawalan itu kembali beroperasi, jelas […]