Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Penumpang Penerbangan QR866 Qatar Airways Dari Doha Yang Mendarat Di Pulau Pinang Pada 2 Petang 19 Mac Diminta Segera Hubungi Jabatan Kesihatan

Putrajaya, 28 Mac- Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang meminta penumpang penerbangan QR866 Qatar Airways dari Doha ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada minggu lalu agar menghubungi jabatan tersebut.

Permintaan itu melibatkan penumpang QR866 Qatar Airways dari Doha ke LTAPP yang tiba pada 19 Mac lalu, jam 2 petang.

“Mohon semua penumpang yang menaiki penerbangan ini untuk terus menghubungi Bilik Gerakan, Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut di talian 04-2818900.

“Kerjasama anda amat kami hargai,” tulis jabatan itu.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang