Gaya hidup
Tujuh Ditahan Berjudi Di Ladang Kelapa Sawit
KUANTAN, 17 Mei — Polis menahan tujuh lelaki dipercayai berjudi dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 7, Maran dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata suspek yang berumur 50 hingga 72 tahun itu merupakan warga tempatan dengan majoriti daripadanya peneroka di tanah rancangan itu. “Serbuan dilakukan pada 1.00 […]

Putu Kacang Hijau Kuih Tradisional Melayu Kegemaran Sepanjang Zaman
BALIK PULAU, 17 Mei — Siapa sangka kuih tradisional, putu kacang hijau, terus mendapat tempat di hati penggemar kuih tradisi Melayu itu walaupun sudah memasuki tahun 2020, malahan, permintaannya tidak pernah putus dan meningkat setiap tahun terutamanya menjelang Hari Raya. Mengakui perkara itu, pembuat kuih putu kacang tradisional, Norhani Mat Darus, 51, seorang suri rumah berkata […]
(Video) Laungan Azan Dari Malaysia Dan 5 Lagi Negara Buat ‘Youtuber’ Ini ‘Tersentuh’
Seorang ‘Youtuber’ yang berasal daripada Scotland ini terpesona apabila dia mendengar laungan-laungan azan yang dilaungkan daripada wakil dari beberapa buah negara. Antara laungan azan yang didengarinya itu datang daripada muadzin negara-negara seperti Indonesia, India, Turki, Malaysia, Arab Saudi dan Pakistan. Menerusi laman Youtube Mat Salleh TV, ‘youtuber’ tersebut memberikan pelbagai reaksi terhadap azan-azan yang dilaungkan. […]
“Sayang, Terima Kasih,” Anggota Polis Bantu Urusan Warga Emas Ini Raih Pujian Warganet
Seperti sedia maklum, petugas barisan hadapan sentiasa memberikan yang terbaik bagi memerangi wabak pandemik Covid-19 ini. Bukan sahaja melawan Covid-19, para petugas juga turut menyantuni masyarakat dengan penuh adab. Satu gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahawa tugas mereka bukan sahaja menjaga kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, malah mereka ini adalah insan yang boleh diharap […]
Pernah Dihunus Pisau Kerana Larang Pelajar Merokok, Guru Kongsi Kisah Pelajar Kini Jadi Insan Berjaya
Semalam merupakan tarikh keramat bagi para guru di Malaysia. Walaupun tiada sambutan yang diadakan, namun mereka tetap dihargai dengan pelbagai bentuk ucapan penghargaan. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru, mereka perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan ditempuhi oleh mereka. Kisah yang dikongsikan oleh seorang guru ini benar-benar membuka mata mengenai bagaimana […]
Ketahui 7 Perkara Boleh Berlaku Pada Tubuh Jika Menjamah Betik
Betik merupakan salah satu buah kegemaran yang sering mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Buah betik bukan sahaja dijadikan makanan, namun turut dijadikan masakan untuk dijamah bersama keluarga. Sudah diakui, terdapat buah-buahan yang sangat baik untuk tubuh badan dan salah satunya adalah betik. Seperti yang dikongsikan di laman web Brightside, terdapat 7 manfaat yang diperolehi […]
7 Faktor Perlu Diambil Kira Bagi Menuju Sebuah Keluarga Yang Bahagia
Keluarga memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perkara. Sebuah keluarga yang bahagia dapat membentuk persekitaran yang baik. Terutamanya dalam perkembangan minda anak-anak. Oleh itu, tanggungjawab sebuah keluarga untuk memastikan anak-anak sentiasa diberikan perhatian yang cukup agar tidak mempengaruhi tumbesarannya. Masa bersama keluarga, walaupun kurang diberi perhatian, boleh mempengaruhi tahap kesihatan pasangan dan anak-anak secara menyeluruh. Kemajuan teknologi […]
Kajian Dapati Anak Tunggal Lebih Cenderung Alami Berat Badan Berlebihan
Anak tunggal adalah satu-satunya anak yang berada dalam sebuah keluarga. Seringkali disifatkan anak tunggal sebagai seorang yang sangat manja dengan ibubapa. Berbanding dengan yang mempunyai adik beradik. Adik beradik selalunya mempunyai sifat yang berlainan di antara satu dengan yang lain. Terkadang sering berkongsi apa yang dimiliki. Anak tunggal vs adik-beradik Kajian yang dilakukan oleh penyelidik […]
Muka Naik Jerawat Ketika Jatuh Cinta?, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Jatuh cinta boleh dikatakan sebagai perkara biasa bagi anak muda tidak kira lelaki atau perempuan. Perkara ini melibatkan hati dan perasaan yang kita sendiri merasainya. Namun, apa kaitan jatuh cinta dengan jerawat?. Orang mengatakan bahawa itu adalah satu mitos dan ‘mindset’ kita sahaja. Betul ke? Benarkah jatuh cinta jadi punca jerawat? Selain daripada perasaan yang […]
“Dia Sedang Kutip Sisa Roti Untuk Dimakan,” Pakcik Selongkar Tong Sampah Undang Sebak
Di bulan Ramadan yang mulia ini, media sosial sering memaparkan pelbagai kisah keperitan hidup yang dilalui oleh golongan yang kurang bernasib baik. Namun, wujudnya beberapa pihak yang sanggup membantu golongan tersebut tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Terbaru, pengerusi badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Generasi Malaysia, iSejahtera, Mohammad Hamizan Amzah berkongsi mengenai kisah seorang warga emas yang […]
SOP Pembukaan Rumah Ibadat Dimuktamadkan Isnin
Prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan rumah ibadat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dimuktamadkan pada Isnin ini (18 Mei). Satu mesyuarat antara Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama wakil-wakil badan agama diadakan secara dalam talian hari ini secara amnya membincangkan cadangan SOP yang dibangunkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kementerian Kesihatan […]
Pendidikan Menerusi Dunia Maya Cabaran Baharu Buat Guru
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) — Banyak perkara berubah akibat COVID-19. Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam talian dilarang dibawa ke sekolah namun kini sebaliknya, dunia pendidikan berada dalam alam maya dan dilakukan di rumah. Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh bahkan menjadikan tugasan […]

“Berjaya Tambat Hati Rakyat Malaysia,” Sugu Pavithra Terima Kad Ucapan Dan Tripod Dari PM
Tidak perlu diperkenalkan lagi, Sugu Pavithra kini sememangnya telah menjadi ‘youtuber’ kegemaran rakyat Malaysia. Dengan menghasilkan pelbagai masakan, resepi yang dikongsikan oleh Pavithra semakin menjadi ikutan ramai. Bukan sahaja rakyat Malaysia, Sugu Pavithra juga mendapat perhatian dan dihargai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menerusi kiriman di Facebok Bernama TV, Perdana Menteri telah memberikan […]
“Geram Punya Pasal,” Wanita Kongsi Petua Tanggalkan Kerak Hitam Pada Kuali Sampai Jadi Berkilat
Setiap wanita atau suri rumah pastinya sentiasa runsing memikirkan masalah bahagian belakang kuali yang semakin hari semakin tebal kerak hitamnya. Mungkin masih ada yang tidak mengetahui bahawa ada langkah mudah yang boleh dilakukan bagi membersihkan kuali tersebut. Menerusi kiriman seorang pengguna Facebook, Kila Aurora, hanya menggunakan dua bahan sahaja bagi menghilangkan kerak hitam pada kuali […]
(Video) Rakaman Ibu Beruang ‘Hentikan’ Lalu Lintas Untuk Bagi Ruang Anaknya Melintas
Seekor beruang dilaporkan dengan beraninya telah menghentikan lalu lintas di Jalan Rossland, British Columbia bagi memberi kepada anak-anaknya melintas jalan. Seorang wanita yang menyaksikan perkara itu berkata ‘Saya sedang memandu di jalan raya bersama dua anak saya ketika kami menemui ibu beruang itu’. “Anak-anaknya keluar dari belakang pagar dan ibu beruang memimpin mereka melintasi jalan […]
Isteri Suami Buat Air Sendiri, Lelaki Jelaskan Pentingnya Sikap Toleransi Semasa Berkahwin
Sifat bertolak ansur atau toleransi yang baik dalam sesuatu perkahwinan itu amatlah penting dalam memastikan kesejahteraan serta kebahagiaan rumah tangga itu akan kekal lama. Perkara ini perlu dititik beratkan lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin. Sikap toleransi perlulah dipupuk sejak dari awal lagi. Mengapa sikap toleransi ini perlu ada? Melalui perkongsian oleh saudara […]
Jabatan Mufti Perlis Keluar Garis Panduan Sambutan Aidilfitri
KANGAR, 15 Mei – Jabatan Mufti Perlis hari ini mengeluarkan garis panduan sambutan Aidilfitri di negeri ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan malam ini, garis panduan tersebut telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. “Panduan dikeluarkan selaras […]

“Bila Makan, Bini Kat Sebelah Pun Tak Nampak,” Chef Ini Ajar Cara Memasak ‘Steak’ Dengan Cara yang Betul Dan Ber’juicy’
Sedap memang sedap, kalau nak makan di kedai pasti harga hingga ratusan ringgit. Kalau korang peminat ‘steak’ tetapi ada masalah untuk memasak, korang jangan risau sebab SK ingin berkongsi resepi rahsia seorang tukang masak yang agak terkenal di media sosial, memberi beberapa tips untuk korang ikut. Perkongsian menarik ini daripada laman Facebook Chef Arif Bakri […]
Tak Perlu Menitis Air Mata Lagi, Ini 4 Tips Elakkan Mata Pedih Ketika Potong Bawang
Pasti ramai yang sudah tahu, terutamanya golongan wanita, kerja yang paling ‘menyedihkan’ di dapur adalah kupas bawang. Mana tidaknya, apabila kupas atau potong bawang pasti akan ada drama air mata. Bawang kalau tidak digunakan dalam masakan pasti tidak enak rasanya. Sudahnya terpaksalah hiris dengan lelehan air mata. Namun ada petua berkesan untuk mengelakkan daripada mata […]
Terkenal Dengan Video Lawak, Alunan Ayat Suci ‘Mimi Peri’ Buat Ramai Kagum
Apabila sebut sahaja nama Mimi Peri, pasti ramai yang kenal dengan insan yang popular ini. Bukan sahaja di negara seberang iaitu Indonesia, malahan beliau turut dikenali di Malaysia. Mimi Peri terkenal dengan video gelagat ‘gila-gilanya’ sehingga mampu mencuit hati ramai pengguna media sosial. Tetapi, ada satu video Mimi Peri yang dimuat naik di laman sosial […]