Gaya hidup

Gaya hidup
Geli Banyak Sangat Cicak Kat Rumah? Ini 10 Tips Nak ‘Hapuskan’ Cicak Dengan Mudah
Siapa yang tak geram kalau rumah didatangi dengan tetamu tidak diundang seperti binatang perosak dan sebagainya. Bermacam-macam cara sudah dilakukan namun tidak berhasil untuk menghalau mereka. Ya, cicak, lipas dan semut memang musuh rapat buat para ibu dan ahli keluarga. Kehadiran mereka tidak disenangi malah mengundang kepada masalah kesihatan. Korang tak perlu risau lagi, hari […]
Berita
Padu Betul, Pengguna U Mobile Dapat Harga HUAWEI P40 Series “Best Photography & Connectivity” Serendah RM 999
Buat apa tunggu lagi, jom dapatkan maklumat tentang peranti yang cukup unggul iaitu HUAWEI P40 Series. Korang kini boleh mendapatkan telefon pintar revolusioner dengan harga yang sangat berpatutan jika korang membelinya daripada mana-mana telco di Malaysia. Selaras dengan inovasi dan kecemerlangan yang unggul, HUAWEI P40 Series masih mengekalkan kedudukannya sebagai peranti yang terbaik dalam ‘Photography […]
Gaya hidup
“Ayah Nak Sangat Jumpa Kawan Baik Dia,” Anak Mohon Netizen Bantu Cari Sahabat Lama Ayah
Sahabat ini diibaratkan seperti keluarga kedua kita. Sesetengah orang menganggap, sahabat ini adalah orang pertama selepas ahli keluarga untuk mereka meluahkan perasaan. Bila putus berhubung kerana tanggungjawab yang perlu pikul, pasti akan ada secubit perasaan ingin berjumpa dengan sahabat yang pernah bersusah payah dengan kita dahulu. Seperti perkongsian daripada laman Twitter Maya Nour Eriqa yang […]
Gaya hidup
“Kami Terkejut Lihat Dia Kurus”, Simpati Pekerja Asing Tak Cukup Makan, Chef Cilik Masak Sendiri Untuk Beri Sumbangan
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin kerap kita dengar kisah pekerja warga asing yang kehilangan punca pendapatan. Disebabkan mereka bukan warganegara, mereka juga tidak layak menerima bantuan kerajaan. Oleh itu, ada antara rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib sebahagian mereka yang terpaksa mengikat perut akibat kelaparan. Baru-baru ini, chef selebriti cilik, Danish Harraz berkongsi di […]
Gaya hidup
Luah Anak 11 Tahun Ketagih Filem Lucah, Penceramah Saran Mak Ayah Segera Ambil Tindakan Ini
Umum mengetahui, masalah ketagihan porno ini adalah satu ‘wabak’ yang telah meruntuhkan sahsiah manusia sejak sekian lama. Dari yang dewasa hingga ke kanak-kanak, ia langsung tidak mengenal usia sekalipun jantina. Mungkin bagi golongan dewasa yang ingin berubah untuk kembali ke pangkal jalan, ada banyak kaedah sosial yang boleh diamalkan dalam langkah mencegah ketagihan lebih melarat. […]
Gaya hidup
“Pernah Tidur Di Masjid, Atas Guni”, Ustaz Ebit Kongsi ‘Jatuh Bangun’ Lebih 10 Tahun Dulu
Siapa yang tidak kenal Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan keluhuran budi pekertinya. Sanggup bersusah payah untuk membantu orang lain, susuk ini berjaya memikat hati lebih 2.7 juta pengikut di Instagram dan lebih 1.2 juta pengikut di Facebook. Biarpun ada yang tidak senang dengan usahanya, beliau tetap mendapat sokongan jutaan orang yang terinspirasi dengan keindahan […]
Gaya hidup
Viral Video Lelaki Tertidur Lelah Di Tepi Jalan Sambil Tunggu Jualan Tilamnya Dibeli
Seorang ayah ialah tulang belakang keluarga yang sanggup melakukan apa sahaja biarpun berpenat lelah serta berhujan panas demi sesuap nasi buat isteri dan anak-anaknya yang tercinta. Perkara ini telah dibuktikan satu video tular memaparkan seorang lelaki kelihatan tertidur di tepi jalan dipercayai di Indonesia sambil menunggu jualannya dibeli. Lelaki dikenali sebagai Pak Asmadi dikatakan telah […]
Gaya hidup
Permaisuri Agong Titip Doa Buat Puteri Jihan Sempena Hari Keputeraannya
Sempena hari keputeraan puteri bongsu Yang Dipertuan Agong, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah, ramai yang memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan Puteri Jihan. Tidak lepaskan peluang, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj turut mengucapkan Hari Lahir kepada anakandanya. Bukan itu sahaja, baginda juga titip doa […]
Gaya hidup
Hidup Berubah Dalam Satu Malam, Ini Kisah Pak Anang, Seorang Penjual Donat Dan Tauhu
Apabila seluruh dunia mengalami situasi penularan wabak Covid-19, ramai diantara kita yang terpaksa akur akibat wabak tersebut. Hampir majoriti penduduk berhadapan dengan isu terjejasnya pendapatan harian demi kelangsungan hidup disebabkan tidak boleh bekerja. Namun, keprihatinan masyarakat terhadap orang lain tidak pernah luntur. Menerusi perkongsian seorang gadis Elsya Sandria, menceritakan kisah Pakcik Anang penjual donat dan […]
Gaya hidup
Tak Minum Air Manis Langsung, Gadis Hilang Berat Badan 10kg Ketika Bulan Ramadan Tahun Lepas
Memandangkan bulan Ramadan tahun ini masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang untuk seseorang tampil bergaya di pagi raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Ramai yang mengimpikan untuk memilik tubuh badan yang ideal dan menarik. Jadi, mereka tidak lepaskan peluang untuk mula menjaga makan pada bulan Ramadan ini. Ada juga yang masih […]
Gaya hidup
Pinjaman Buku Digital Perpustakaan Negara Meningkat Sepanjang PKP
KUALA LUMPUR, 27 April — Pinjaman buku digital Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meningkat sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lepas. Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan PNM Aidatul Hasnida Abdul Rani berkata pada Mac, hampir 40,000 buku digital perpustakaan itu dipinjam berbanding purata kira-kira 15,000 pada bulan-bulan biasa. Menurutnya pendaftaran […]
Gaya hidup
Ibu Pimpin Ayah Mengaji Al-Quran Di Bulan Ramadan Buat Anak Terharu
Sesetengah orang mengaji pada usia yang lanjut adakalanya membuatkan perasaan malu menyelubungi diri mereka. Namun, rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan tentang ilmu agama yang wajib kita pelajari. Bukankah membaca Al-Quran itu satu tuntutan dalam Islam? Sesungguhnya usia dan ‘pangkat’ bukanlah penghalang untuk seseorang itu belajar. Seperti perkongsian daripada seorang gadis ini tentang […]
Gaya hidup
“Penting Kat Mana…?,” Dr Nasihat Para Suami Layan ‘Stress-Reliever’ Untuk Isteri Rasa Gembira
Dalam sesebuah rumahtangga, suami dan isteri perlu sentiasa mempunyai sikap toleransi dan menjaga perasaan masing-masing agar tidak menimbulkan permasalahan yang besar. Tidak dapat dinafikan bahawa, golongan isteri terkadang mempunyai perangai dan pemikiran yang tidak dijangka namun itu bukan menjadi alasan untuk para suami mengabaikan perasaan mereka. Menerusi kiriman Dr Taufiq Razif di Facebook, beliau menyeru […]
Berita
“Terima Kasih Atas Hadiah Bermakna Ini,” Najib Razak Titipkan Kata-Kata Semangat Buat Ebit Lew
Seperti yang diketahui umum, Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sikapnya yang sering menyantuni golongan-golongan susah di negara ini. Pun begitu, timbul beberapa spekulasi yang mengaitkan dirinya baru-baru ini. Disebabkan itu, ramai yang memberikan sokongan moral kepadanya agar tidak patah semangat dengan dugaan tersebut dan terus bangkit membantu orang ramai. Tidak terkecuali, Datuk Seri Najib Razak […]
Kesihatan
Pahang Benar Acara Akad Nikah Secara Bersyarat
Kerajaan negeri Pahang memutuskan untuk membenarkan permohonan mengadakan acara akad nikah namun secara bersyarat, yang sebelum ini ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, mereka yang berhasrat mengadakan acara itu perlu melengkapkan borang permohonan khas secara dalam talian di https://emunakahat.pahang.gov.my/ sebelum diemelkan ke Pejabat Agama Islam […]
Gaya hidup
“Boleh Merebak Ke Seluruh…,” Doktor Kongsi Tips Cegah Ruam Pada Punggung Bayi
Bagi yang telah mempunyai anak, anda pasti mengalami pelbagai situasi ketika mereka masih lagi bayi. Salah satunya ialah bahagian punggung bayi yang terkadang melecet sehingga menimbulkan ruam. Sebenarnya, ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mencegah ruam tersebut. Tips tersebut telah dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari menerusi laman Facebooknya. Luluh hati saya bila jumpa […]
Kesihatan
OKU Cari Sumber Pendapatan Ajar Mengaji Al-Quran
Biarpun dilahirkan tanpa deria penglihatan, Mohd Lee Abdullah tidak mahu menjadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk duduk sahaja ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Terkesan akibat penularan COVID-19 kerana pekerjaannya bergaji harian, Mohd Lee, 53, yang juga guru Al-Quran braille, mengambil peluang mencari sumber pendapatan dengan mengajar golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mengaji kitab suci itu. “Sejak PKP […]
Kesihatan
“Semuanya Bergantung Pada Sentuhan,” Pandemik Covid-19 Beri Pelbagai Cabaran Kepada Golongan Pekak Dan Buta
Dalam kegawatan pandemik Covid-19 pada ketika ini, bayangkan jika anda terpaksa menghadapinya tanpa boleh mendengar dan melihat dengan jelas. Menurut ABC News, bagi puluhan ribu orang di Amerika Syarikat yang mempunyai masalah cacat penglihatan dan pendengaran, mereka perlu menghadapi cabaran yang unik dalam kehidupan seharian semenjak berlakunya pandemik Covidd-19. “Cara kami berkomunikasi dan budaya kami, […]
Berita
Gambar Jalan Sibuk Didakwa Seperti Ada Bazar Di Padang Jawa?
Umum tahu bahawa bazar Ramadan pada tahun ini tidak dibenarkan untuk beroperasi bagi membendung wabak penularan wabak COVID-19. Kerajaan acap kali memberitahu agar orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan sentiasa berada di rumah. Walau bagaimanapun, beberapa gambar tersebar memperlihatkan kesibukan di suatu kawasan didakwa berlaku di Padang Jawa hari ini. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen […]
Gaya hidup
Cikgu Ini Ajar Cara Uruskan Kain Baju Menimbun, 10 Minit Pun Boleh ‘Settle’
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah waktu yang sesuai untuk satu keluarga menolong antara satu sama lain mengemas rumah atau mempelajari sesuatu yang berfaedah bersama. Tidak dinafikan dalam pengurusan aktiviti harian di rumah, terdapat satu rutin yang kurang digemari oleh kebayakan daripada kita tak mengira wanita mahupun lelaki dari peringkat umur paling kecil […]