Kerjaya
Jelapang Padi Kota Belud Alami Kerugian RM29 Juta Akibat Banjir
KOTA BELUD, 1 Julai — Jelapang padi Kota Belud mengalami kerugian kira-kira RM29 juta apabila hampir keseluruhan kawasan tanaman padi seluas kira-kira 7,000 hektar itu terjejas teruk dan rosak akibat banjir susulan hujan lebat melanda Sabah pada Sabtu lepas. Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, Salmah Labulla berkata anggaran kerugian itu dikira berdasarkan potensi […]
Kerjaya Sebagai Petani Tidak Sesuai Jika ‘Hangat-Hangat Tahi Ayam’
KUALA TERENGGANU, 1 Julai — Kerjaya sebagai petani tidak sesuai untuk mereka yang ‘hangat-hangat tahi ayam’, takut badan ‘garing’ bila berpanas dan tiada kesabaran yang tinggi. Mereka yang mahu serius dalam bidang itu harus mengetahui bahawa pendapatan mereka tidak boleh diperoleh dalam jangka masa pendek, malah perlu bersedia untuk ‘berlapar’ apabila musim menuai belum tiba. Perkara itu dikongsikan oleh […]
Lapan Jenis ‘Jangan’ Yang Anda Wajib Tahu Kalau Pergi Temuduga Kerja, Tips Dari Seorang Penemuduga
Biasanya kalau kita pergi temuduga kerja, perkara yang selalu bermain dalam fikiran adalah kena berpakaian kemas untuk menambat hati panel. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada banyak perkara yang kita kena ‘jaga’ supaya tidak tersilap ‘langkah’. Tips ini dikongsikan oleh seorang pengarah eksekutif, Khairil Zainudin melalui Facebooknya baru-baru ini. Apabila pengarah (big boss) sendiri yang bagi […]
300 Warga Kerja Media Prima Ditamatkan Perkhidmatan 31 Julai Ini
Media Prima Berhad (MPB) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan pihaknya telah mencapai persetujuan dengan 5 wakil kesatuan pekerja dalam perbincangan berhubung pelaksanaan fasa seterusnya transformasi perniagaan kumpulan media itu seperti diumumkan pada 4 Jun lalu. Menurut kenyataan itu, seramai 300 warga kerja menerima surat notis dan tarikh akhir pekerjaan pada 31 Julai ini. Agensi […]
KPKT Bawa Cadangan Tingkatkan Kadar Elaun Tugasan Bomba Bantuan
PEKAN, 29 Jun — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membawa cadangan bagi meningkatkan kadar elaun tugasan anggota bomba bantuan untuk dibincangkan di peringkat kabinet. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata ketika ini, anggota bomba bantuan yang terdiri daripada masyarakat setempat yang memberikan perkhidmatan, dengan dibayar RM6 sejam melibatkan syif kerja selama 12 […]
“Ancaman Diterima Saya Adalah Lumrah, Yang Penting Kita Perlu Lebih Berhati-Hati ” – Ayob Khan
JOHOR BAHRU, 29 Jun – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan ancaman yang diterimanya berikutan ketegasan beliau dalam memerangi jenayah, khususnya membabitkan penyeludupan migran di negeri ini, adalah satu lumrah sebagai pegawai polis. Beliau juga menegaskan tidak gentar mahupun tunduk kepada ancaman tersebut sebaliknya akan terus komited dalam tugas memerangi jenayah demi […]
Wan Islahuddin Legasi Tukang Besi Pesisir Sungai Pahang
PEKAN, 28 Jun — Pernah terkena percikan api di mata ketika proses menempa besi pada awal penglibatannya sebagai tukang besi, Wan Islahuddin Ali, tidak patah semangat dan kini sudah lali demi minatnya terhadap nilai estetika pembuatan senjata tradisional Melayu terutamanya keris. Lebih dikenali dengan nama Pak Teh dalam kalangan penduduk setempat dan berasal dari Kampung Salong, Chini dekat sini, sebuah […]
Lebih 70,000 Set PPE Dihasilkan Sukarelawan Kemas
MERSING, 28 Jun — Sebanyak 75,344 set peralatan perlindungan diri (PPE) berjaya dihasilkan sukarelawan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara setakat Rabu lepas bagi membantu petugas barisan hadapan mengawal penularan COVID-19. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, sukarelawan yang terlibat merupakan 480 kakitangan jabatan itu dan 436 peserta kelas kemahirannya. Mereka menghasilkan […]
Dari Litar Lumba, Wazi Kini Pengedar Telur Masin
BATU GAJAH, 28 Jun — Bermula dengan pertemuan mendapatkan bekalan untuk penyediaan makanan bagi petugas barisan hadapan COVID-19 pada peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bekas jaguh cub prix negara Wazi Abdul Hamid kini bergelar usahawan telur masin. Wazi, 50, berkata beliau tertarik dengan potensi produk keluaran Bumiputera daripada Projek Ladang Integrasi Sosial milik […]
“Kawal Perasaan Gementar,” 5 Tips Berjaya Dalam ‘Job Interview’ Buat Golongan ‘Pemalu’
Introvert secara umumnya ialah seseorang yang memiliki sifat pemalu dan lebih pendiam, sekiranya dibandingkan dengan mereka yang berkeperibadian extrovert. Orang-orang yang memiliki sifat introvert ini lebih cenderung menjadi pendiam dan tenang. Namun, perlu diingatkan keperibadian orang introvert ini tidak sama dengan seseorang yang pemalu. Kerana itu, mereka yang memiliki sifat introvert ini sukar untuk mendapatkan […]
1,000 Lot Niaga Bagi Golongan Muda Dan Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19
KOTA BHARU, 27 Jun — Kementerian Wilayah Persekutuan akan mewujudkan 1,000 lot perniagaan baharu seperti kios dan trak makanan kepada golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan akibat wabak COVID-19, mulai bulan hadapan. Menteri berkenaan, Tan Sri Annuar Musa berkata kesemua lot perniagaan baharu itu akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di ibu negara dan Putrajaya dengan bayaran sewa bulanan yang […]
Tukang Kayu Wanita Hasil Perkakas Sekolah Tanpa Bayaran
PARIT, 27 Jun — Tanpa mengenal penat lelah, seorang tukang kayu wanita cekal membanting tulang empat kerat, menghasilkan pelbagai perkakas sekolah secara percuma untuk disumbangkan kepada Sekolah Rendah Islam Nur Ehsan (SERINE), Titi Gantung, di sini. Musukubi Shamsuddin, 48, yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di sekolah itu, berkata perkakas sekolah yang […]
Kerajaan Akan Ambil Tindakan Ke Atas Majikan Tidak Salur Subsidi Upah – Zafrul
Kerajaan ada menerima maklumat terdapat majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah kepada pekerja mereka dan ini telah melanggar syarat-syarat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata bantuan rangsangan ekonomi tidak seharusnya disalah guna malah majikan perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mengambil kesempatan serta menganiaya pekerja mereka. “Saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap majikan-majikan […]
Gerbang Malam di Ipoh Dibuka Semula, Peniaga Bergilir Setiap Hari
IPOH, 17 Jun — Kerajaan negeri hanya membenarkan 60 daripada 128 peniaga menjalankan perniagaan secara bergilir setiap hari di Gerbang Malam yang merupakan antara tarikan di bandar raya ini, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, selain itu setiap gerai yang dibenarkan beroperasi perlu berjarak tiga meter antara […]
Individu Menganggur Termasuk Graduan & Lepasan Sekolah Boleh Daftar PenjanaKerjaya Sekarang
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang akan bermula 15 Jun 2020 (Isnin) ini. Program ini yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk individu yang menganggur dan […]
Pasar Di Beijing Diarah Tutup Serta Merta Setelah 2 Pekerja Pusat Penelitian Daging Positif Covid-19
BEIJING – Pihak berkuasa Beijing, China, menutup pasar borong pertanian utama setelah peningkatan jangkitan Covid-19 yang ditularkan di bandar ini sejak dua hari lalu. Pasar borong Xinfadi ditutup pada pukul 3:00 waktu tempatan pada hari Sabtu (13/6/2020), setelah dua lelaki yang bekerja di pusat penyelidikan daging dan baru-baru ini mengunjungi pasar tersebut, dilaporkan dijangkiti Covid-19. […]
Harumanis Subur Di Terengganu, Bak Kata Orang Ganu Manis ‘Leting’
SETIU, 13 Jun — Percaya atau tidak, mangga harumanis sebenarnya sudah subur di Terengganu sejak 40 tahun lepas. Mungkin ramai yang beranggapan jika berbuah sekalipun, saiz dan rasanya tidak akan mampu mencapai kualiti yang sama sepertimana yang telah ada di pasaran serta tidak mampu di eksport ke pasaran luar negara. Jika itu tekaannya, ia sebenarnya meleset sama sekali, kerana […]

Hampir 3 Bulan Ditutup, Kompleks Kraf Langkawi Sedia Terima Pengunjung
LANGKAWI, 12 Jun – Selepas hampir tiga bulan ditutup berikutan pandemik COVID-19, Kompleks Kraf Langkawi yang menyediakan ruang niaga bagi usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia, kini bersedia menerima kehadiran pengunjung. Pengarah Kompleks Kraf Langkawi Rosman Manan berkata, ketika ini pihaknya bersama usahawan di kompleks tersebut sedang melakukan persiapan terakhir, sebelum premis niaga dan pameran […]

Syarikat Penerbangan Jerman Rancang Kurangkan 22,000 Pekerjaan
AMMAN, 12 Jun – Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa akan mengurangkan 22,000 pekerjaan dalam usaha menangani masalah penurunan jumlah penerbangan disebabkan COVID-19, lapor agensi berita Jordan (Petra) pada Khamis. Syarikat penerbangan itu meramalkan permintaan yang perlahan selepas krisis dan hanya akan menggunakan kira-kira 100 pesawat. Lufthansa berkata separuh pengurangan pekerjaan adalah di Jerman dan syarikat juga […]

Pengusaha Kolam Mancing Tak Sabar Nak Mulakan Operasi, Kaki Pancing Apa Khabar?
BACHOK, 11 Jun — Pengusaha kolam memancing ikan yang turut menutup operasi mereka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas kini membuat persiapan untuk membuka kembali operasi mereka. Pemilik Kolam Jati Solution, Rusli Hamat, 51, berkata kawasan kolam pancingnya yang berusia 11 tahun itu telah mula dibersihkan setelah tidak terurus sejak PKP dan fasa-fasa selepas PKP dilaksana sejak […]