Berita›Luar Negara
Gempa Bumi Sederhana Landa Laut Banda Di Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 9.06 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 332 kilometer tenggara dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana b'laku di Laut Banda jam 9:06 […]
(Video) Peka Waktu Berbuka, Pemandu E-Hailing Perlahan Kereta, Bagi Ruang Penumpang Berbuka Dengan Selesa
Tindakan seorang pemandu e-hailing di Singapura yang hormat dan peka terhadap keperluan penumpang beragama Islamnya ketika hampir tiba waktu berbuka puasa mendapat pujian daripada warganet. Sebuah video pendek berkenaan insiden itu telah dimuat naik dan menjadi tular di media sosial. Menurut video tersebut, seorang pemandu e-hailing telah menjemput seorang pelanggannya yang beragama Islam untuk dihantar ke […]
(Video) Ditutup Selepas 30 Tahun, McD Jakarta Dikerumun Tanpa Penjarakan Sosial
Video tular orang ramai memenuhi perkarangan McDonalds yang terletak di sebuah bangunan membeli-belah di Jakarta tanpa mengamalkan penjarakan sosial yang betul. Restoran makanan segera yang sudah beroperasi sejak 1991 itu ditutup pada Ahad (10 Mei) selepas hampir 30 tahun pembukaannya. Penutupan itu dikatakan bagi melakukan perubahan strategi bisnes dan ubah suai bangunan membeli-belah tersebut. Walau […]
COVID-19: Isu Penentukuran Radas Jadikan 33 Kes Positif Di Singapura Sebelum Ini Sebagai Tidak Betul
SINGAPURA, 11 Mei — Sejumlah 33 kes yang diuji positif COVID-19 oleh sebuah makmal di sini, didapati tidak benar, susulan timbul isu berkaitan penentukuran radas bagi salah satu kit ujian penyakit itu. “Ujian semula berikutnya di Makmal Kesihatan Awam Nasional mengesahkan bahawa ia adalah kes negatif,” kata Kementerian Kesihatan republik itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan […]
Wuhan Catat 14 Kes Baru COVID-19 Selepas Lebih Sebulan Sifar Kes
Semalam, negara China telah melaporkan kes COVID-19 yang pertama di Wuhan sejak kali terakhir kes baru yang dilaporkan adalah pada 3 April 2020. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China juga mengesahkan 14 kes coronavirus baru semalam, menjadikannya jumlah kes harian tertinggi di negara itu sejak 28 April dan lonjakan ketara dari satu kes baru yang dilaporkan pada […]
Pemuda Dilapor Jadi ‘Punca’ Itaewon Ditutup Selepas Kluster Baru COVID-19 Muncul
Seoul, 10 Mei- Jalan yang sibuk dengan kejiranan pelbagai bangsa di Itaewon kelihatan sepi pada malam Sabtu setelah kerajaan mengarahkan semua kelab dan bar ditutup. Ianya susulan kemunculan kluster baru COVID-19 yang berpunca dari seorang pemuda 29 tahun yang melawati lima pusat hiburan pada hujung minggu lalu. Menurut laporan Yonhap News Agency, puluhan jangkitan baru […]
Rasa Dirinya Tak Berhak, Wanita Pulangkan Semula Bantuan Kerana Tak Sanggup Tengok Orang Lain Kelaparan
Benarlah kata orang, kita memberi bukan kerana kita mempunyai banyak harta, tetapi kerana faham bagaimana rasanya tidak punya apa-apa. Mungkin inilah yang terlintas di hati seorang wanita di Sulawesi Selatan yang bertindak memulangkan bantuan kerajaan kepadanya agar dapat diberi kepada orang lain yang lebih memerlukan. Irma Daeng Simba,36 dilihat membawa makanan bantuan yang baru diterima […]
COVID-19: Singapura Catat 753 Kes Positif, Sahkan Lima Kluster Baru Hari Ini
SINGAPORE, 9 Mei (Bernama) — Singapura pada Jumaat melaporkan bahawa sejumlah 328 pesakit lagi telah pulih daripada jangkitan COVID-19 namun hari ini mengesahkan 753 kes positif baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 22,460. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan republik itu, data awal setakat 12 tengah hari menunjukkan bahawa hanya sembilan kes membabitkan warganegara atau […]
11 Ejen Rahsia Amerika Syarikat Dijangkiti COVID-19 – BERNAMA
WASHINGTON, 9 Mei — Seramai 11 ejen rahsia Amerika Syarikat (AS) dijangkiti COVID-19, memetik Yahoo News pada Jumaat, lapor agensi berita Anadolu. Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) seramai 23 petugas agensi penguat kuasa undang-undang yang dijangkiti sebelum ini sudah sembuh. Seramai 60 lagi pekerja masih dikuarantin. Tidak dapat dipastikan sama ada Presiden Donald Trump […]
Ibu Itik Seakan Minta Bantuan, Tolong Anaknya Terperangkap Dalam Lubang
Tular satu video yang berdurasi selama 3:05 minit yang dikongsikan di laman Twitter mengenai seekor ibu itik yang seakan berusaha memanggil orang untuk membantunya menyelamatkan anak-anaknya yang terperangkap di dalam longkang. Kemudian, datang seorang lelaki bersama kawannya untuk membantu ibu itik tersebut. Dia memotong besi pada longkang berkenaan untuk memudahkannya menyelamatkan anak-anak itik itu. Apa […]
20 Tahun Lamanya, Gajah Di Kem Pelancongan Thailand Bakal Dilepaskan Ke Habitat Asal
Gajah yang didakwa kelaparan di sebuah pusat perlindungan di Thailand akan dilepaskan kerana para penjaganya dikatakan tidak mampu untuk memberinya makan lagi. Wabak pandemik Covid-19 telah menyebabkan kebanyakan pusat perlindungan ini kehabisan dana akibat daripada sekatan perjalanan yang turut memberi impak kepada industri pelancongan di seluruh dunia. Menurut The Sun, lebih 4,000 gajah dianggarkan berisiko […]
Muslim Di Songkhla Solat Jumaat Pertama Hari Ini Sejak 27 Mac Lalu
SONGKHLA: Umat Islam di wilayah Songkhla di selatan Thailand hari ini menunaikan solat Jumaat pertama selepas larangan pada 27 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Hampir 400 umat Islam di Pekan Chana, Songkhla menunaikan solat Jumaat di Masjid Nuruddin Chana yang berlangsung selama kira-kira 20 minit. Khutbah disampaikan pentadbir sebuah sekolah swasta di […]

Rintihan Seorang Ibu Selepas Anak Perempuannya Meninggal Dunia Kerana COVID-19
Zenobia Shepherd kehilangan anak perempuannya, Leilani Jordan, berumur 27 tahun yang menjadi korban wabak COVID-19 pada 1 April lalu. “Saya akan merindui anak perempuan saya untuk selamanya sehingga saya berjumpa dengannya semula,” kata Zenobia. Menurut AJPlus, Leilani bekerja sebagai seorang pekerja pasar raya. Ibunya mengatakan bahawa Leilani seorang yang sangat komited dalam kerjanya itu. Hari […]
Gara-Gara Lepak Rumah Kawan Selama Sejam, Lelaki Di Singapura Didakwa Langgar Langkah Pemutus Rantaian COVID-19
Lelaki warga Singapura telah didakwa melanggar langkah pemutus rantaian selepas berkumpul di kediaman rakannya 8 April lalu. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu, Soh Seng Chye Francis telah terlibat dalam satu perhimpunan berkumpulan di residensi Lye Bao Ru. Perhimpunan itu dikatakan telah melibatkan lima individu lain dari kawasan perumahan Lye yang berlangsung selama satu jam. […]
(Video) Kanak-Kanak 4 Tahun Buat Pukulan ‘Home Run’ Untuk Pertama Kalinya Bikin Bapa Melompat Gembira
Tular, satu rakaman yang memaparkan seorang kanak-kanak bermain baseball bersama bapanya di media sosial. Rakaman tersebut menjadi lebih manis lagi apabila warganet melihat gelagat bapa kepada kanak-kanak yang berusia 4 tahun di dalam video itu apabila anaknya tersebut berjaya membuat pukulan ‘home run’. Difahamkan, yang membuatkan bapanya itu bersorak gembira adalah anaknya itu berjaya membuat pukulan […]
Tiga Negara Hasilkan Topeng Muka ‘Transparent’ Bantu Golongan Bermasalah Pendengaran
Setiap insan pasti sedang mengalami kesukaran ketika wabak COVID-19 masih lagi belum reda di seluruh dunia. Golongan yang mengalami masalah pendengaran juga tidak terkecuali daripada menghadapi kesukaran. Golongan ini mengalami kesukaran untuk berkomunikasi apabila berhadapan dengan individu yang memakai topeng muka. Hal ini menyukarkan mereka untuk memahami apa yang dikatakan kerana tidak dapat melihat pergerakan […]
Covid 19: 768 Kes Baharu Di Singapura, Jumlah Keseluruhan Lebih 21,000
SINGAPURA, 8 Mei (Bernama) — Singapura mengesahkan secara awal pertambahan 768 kes jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21,707 kes. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata 10 kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala kebanyakan kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja. Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata ia sedang mengumpulkan maklumat mengenai kes-kes […]
(Video) Ribut Pasir Dahsyat ‘Serang’ Ibu Kota Niger, Langit Bertukar Oren
Dikala seluruh dunia sedang menghadapi wabak COVID-19 yang semakin menular, tidak dinafikan ada juga dugaan lain yang hadir. Baru-baru ini, ibu kota Niger iaitu Niamey dilanda ribut pasir yang tebal sehingga membuatkan penduduknya berada dalam ketakutan. Kejadian menakutkan tersebut berlaku pada hari Isnin yang lepas. Melalui video yang dikongsikan Reuters di Twitter, keadaan tersebut dikatakan […]
Bimbang Anak Bersesak Ke Sekolah, Bapa Cipta Motorsikal ‘Social Distancing’
Seorang mekanik di India telah mencipta sebuah motosikal elektrik dengan jarak satu meter antara penunggang dan pembonceng untuk mengamalkan penjarakkan sosial akibat penularan wabak Coronavirus. Partha Saha, 39 tahun membeli sebuah motosikal lama daripada peniaga barang lusuh dan mengasingkan enjin sebelum memotong motosikal tersebut kepada dua bahagian. “Sekarang saya dapat menunggang dengan anak perempuan saya […]
16 Buruh Maut Digilis, Dipercayai Tertidur Keletihan Ketika Berehat Seketika Atas Rel Kereta Api
16 pekerja migran maut setelah digilis kereta api dalam satu kejadian nahas di wilayah Aurangabad, Maharashtra, India awal pagi tadi. 14 daripadanya terkorban serta-merta di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat kecederaan parah. Memetik laporan Indian Express, pekerja-pekerja tersebut yang berjalan kaki dari Jalna ke Bhusawal untuk menaiki kereta […]