Siakap Keli

Dua Korea Sepakat Tamatkan Perang Korea Berlarutan Lebih 68 Tahun Secara Rasmi

Kedua-dua pemimpin negara yang sedang bertelagah, Korea Utara dan Korea Selatan berjaya mencapai persetujuan untuk menamatkan Perang Korea yang berlarutan lebih daripada 68 tahun secara rasminya.

Dalam pertemuan bersejarah yang menemukan Presiden Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, kedua-duanya bersetuju bahawa pentadbiran mereka akan bekerjasama ke arah keamanan di semenanjung Korea dengan pengumuman rasmi penamatan perang tersebut dijangkan akan diumumkan tahun ini.

Kim dan Moon bersetuju untuk saling bekerjasama dan mewujudkan ‘Zon Keamanan’ di sempadan yang memisahkan kedua-dua negara sebelum ini.

Menurut rekod, Perang Korea meletus pada tahun 1950 yang menyaksikan sebarang pertempuran angkata bersenjata antara kedua-dua negara tamat tiga tahun kemudian. Namun, penamatan perang tersebut tidak pernah diisytiharkan secara rasmi menjadikan kedua-dua negara masih dalam kedudukan berperang hingga ke saat ini.

Dalam pertemuan kali pertama sejak lebih dari sedekad yang lalu, kedua-dua belah pihak yang bertelagah mengumumkan bahawa mereka akan membuat satu perjanjian untuk mewujudkan kemanan yang ‘tetap’ dan ‘kukuh’ di semenanjung Korea.

2.jpg
”Kedua-dua pemimpin membuat pengumuman di hadapan bangsa kita seramai 80 juta dan seluruh penduduk dunia bahawa tiada lagi perang di Semenanjung Korea dan era baru akan bermula,” kata jurucakap pertemuan tersebut.

Kenyataan tersebut turut merangkumi perjanjian untuk mengurangkan aktiviti ketenteraan, mengelak daripada melakukan tindakan keganasan, menukar status Zon Bebas Tentera (DMZ) kepada Zon Aman, dan perbincangan pelbagai hala dengan negara lain seperti Amerika Syarikat (AS).

Kim dan Moon juga mengumumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan 3 hala dengan Washington dan perbincangan 4 hala dengan Beijing dalam usaha mereka mewujudkan Perjanjian Keamanan.

Mereka berharap pengumuman rasmi terhadap penamatan perang tersebut dapat dibuat menjelang penghujung tahun ini. Moon juga dijangka akan melawat Pyongyang dalam musim luruh ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada pertemuan tersebut akan membincangkan isu penamatan perang ini.

Presiden AS, Donald Trump ketika mengulas pertemuan tersebut berkata, beliau kini menumpukan terhadap pertemuannya dengan Kim dan berharap ia bakal menjanjikan hasil yang positif.

”Bagaimanapun kami tidak akan mengulang kesilapan yang dibuat dalam pertemuan lalu. Tekanan secara berterusan akan dibuat sehingga seluruh aktiviti nuklear dihentikan,” tambahnya.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di