Siakap Keli

‘Drama’ Politik Sabah Bakal Berakhir, Shafie Apdal Sah Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Malam Ini

Menurut laporan Astro Awani, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mendapat surat jemputan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, malam ini.

Hal ini disahkan oleh Naib Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Chong Chen Bin.  Beliau menambah, Shafie menerima surat tersebut menerusi pihak Istana yang tiba dikediaman rasminya pada 2 petang tadi.

“Timbalan Presiden (Darrel Leiking) telah mengumumkan bahawa kita telah mendapat surat jemputan daripada pihak istana.

“Justeru, Presiden (Shafie) akan datang ke istana untuk mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah malam ini,”katanya ketika ditemui pemberita di kediaman rasmi Presiden Warisan, di sini, hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah itu dikatakan berlangsung pada 9 malam ini  dengan kehadiran 35 lagi ADUN Warisan yang juga telah menerima jemputan itu.

Sumber: Astro Awani

Nur Farra