Siakap Keli

Bergelar ”Duchess of Sussex” Selepas Menjadi Isteri Putera Herry, Ini 10 Perkara Meghan Markle Perlu Korbankan Di Masa Depan

Perkahwinan diraja diantara anak bongsu Putera Charles dan Puteri Diana, Putera Harry dengan seorang selebriti daripada Amerika Syarikat, Meghan Markle mendapat liputan meluas daripada seluruh dunia.

Majlis yang diadakan di St George’s Chapel, Windsor pada 19 Mei lalu dihadiri oleh pelbagai tetamu diraja antaranya Ophrah Einfrey, Sir Elton John dan David Beckham. Malah media disana turut melaporkan seramai 100,000 orang rakyat jelata Ratu Elizabeth telah berkumpul di sekitar lokasi majlis perkahwinan itu diadakan bagi meraikan majlis pasangan diraja itu.

Meghan Markle sendiri mencatat sejarah menjadi wanita pertama berdarah campuran dalam sejarah moden untuk mengahwini seorang Putera British. Dia yang bergelar pelakon sebelum ini pernah membintangi drama bersiri, Suits dan memegang watah sebagai Rachel Zane.

Namun, pilihan yang dibuat oleh Meghan Markle untuk menjadi isteri kepada keluarga diraja yang paling popular di dunia itu bermakna dia harus melupakan kehidpuan sebagai rakyat biasa. Ini 10 perkara Meghan Markle perlu korbankan setelah bergelar Duchess of Sussex.

1. Pakaian Sederhana

Sebagai ahli keluarga diraja, Meghan tidak lagi boleh mengenakan pakaian sesuka hatinya selepas ini. Selain perlu mengenakan pakaian sederhana yang menggambarkan statusnya sebagai seorang Puteri Raja, Meghan juga tidak boleh mengenakan pakaian yang mempunyai logo-logo yang membawa maksud tertentu.

Ini kerana dengan statusnya, sebarang pemakaian yang mempunyai simbol yang boleh menyeru orang ramai melakukan sesuatu tindakan boleh membahayakan keselamatan awam.

2. Tidak Boleh Mengenakan Pakaian Berbulu

Pelik, kerana pakaian yang dibuat daripada kulit dan bulu haiwan sepatutnya menjadi pilihan keluarga diraja kerana harganya yang mahal boleh melambangkan status mereka.

Namun itu tidak berlaku kepada keluarga diraja British kerana sesiapa sahaja yang mepunyai pertalian dengan keluarga itu perlu mematuhi pertauran yang ditetapkan oleh Raja Edward III pada abad ke-12 yang melarang ahli keluarga diraja memakai pakaian diperbuat daripada bulu.

3. Tidak Boleh Bemesra Di Khalayak Ramai

Tiada lagi aksi-aksi mesra pasangan ini ketika masih bergelar pasangan bercinta di tempat awam selepas ini.

Sebagai seorang puteri dan putera raja, mereka berdua perlu menghormati status yang dipegang dan sentiasa berpewatakkan sederhana di tempat awam.

4. Mematuhi Etika Ratu Ketika Di Meja Makan

Selepas bergelar isteri kepada Putera Harry, Meghan tidak boleh makan sebelum atau selepas Ratu Elizabeth makan. Setiap kali mereka menjamu selera bersama-sama dengan Ratu, mereka harus mematuhi satu peraturan mudah iaitu, setiap tindak tanduk di meja makan perlu mengikuti apa yang Ratu lakukan.

5. Tidak Boleh Bersentuhan Dengan Golongan Bukan Diraja

Ya, Meghan sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam keluarga diraja, dia tidak lagi boleh bersentuhan dengan mereka yang diluar daripada ahli keluarga diraja.

Jadi, bagaimana jika Meghan mahu memeluk keluarga kandungnya. Itulah harga yang perlu dibayar, Meghan tidak lagi boleh bersentuhan kulit walaupun dengan ibu dan ayahnya sendiri.

6. Meraikan Krismas Bersama Keluarga Diraja

Tak kira di mana sekalipun mereka berada, anggota keluarga diraja perlu berkumpul bersama-sama di istana untuk menyambut Hari Krismas.

Jadi Meghan perlu lupakan hajatnya untuk meraikan Hari Krismas bersama keluarga kandungnya selepas ini.

7. Ahli Keluarga Diraja Tidak Boleh Bercuti Bersama-Sama

Anggota keluarga diraja tidak boleh keluar bercuti bersama-sama disebabkan faktor keselamatan yang boleh menjejaskan fungsi institusi keluarga diraja sekiranya mereka semua terkorban contohnya terlibat dalam kemalangan udara.

8. Hilang Hak Untuk Mengundi

Ia bukanlah sesuatu yang aneh buat Putera Harry memandangkan dia dilahirkan di dalam keluarga diraja. Namun buat Meghan lain ceritanya, dia kini kehilangan hak untuk menyuarakan pendapat mengenai kerajaan dan memilih kerajaan untuk memimpin negaranya.

Alasannya cukup mudah, jika Meghan memilih untuk menyokong sesuatu pihak, statusnya sebagai puteri raja akan mempengaruhi ramai pengundi dan membuatkan proses pilihan raya menjadi tidak adil.

9. Tidak Boleh Mempunyai Kuasa Politik

Meghan dan keluarga diraja yang lain tidak boleh menyertai parti politik ataupun menjawat mana-mana jawatan yang memberikan kuasa politik kepada mereka. Ia bertujuan menghalang keluarga diraja menyalahgunakan kedudukan mereka yang dipandang tinggi di dalam masyarakat untuk kepentingan diri sendiri.

10. Tidak Boleh Mewarnakan Kuku

Kedengaran agak aneh buat selebriti seperti Meghan untuk tidak mewarnakan kuku, namun dia kini bukan lagi selebriti biasa sebaliknya adalah seorang puteri diraja. Peraturan yang tidak membenarkan kuku diwarna ini dibuat oleh Ratu Elizabeth sendiri dengan alasan ia tidak menepati piawai diraja. Jika ingkar, ahli keluarga tersebut dianggap sebagai ”kasar”.

Sumber : New Indian Express

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.