Siakap Keli

Bukan Calang-Calang, Siapa Sebenarnya Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh?

Berita beberapa hari lepas tular gambar sekumpulan anggota polis yang mengambil masa lebih dua jam dengan lima buah trak untuk membawa keluar barangan siasatan 1MDB daripada sebuah unit kondominium di Pavilion Residence yang dimiliki oleh individu bergelar Tan Sri, semalam.

Rata-rata netizen memuji tindakan semua pegawai polis tersebut kerana dilihat mengembleng tenaga mengeluarkan hampir 284 kotak serta 72 beg mengandungi wang tunai daripada kediaman terbabit.

Antara yang mendapat perhatian ketika siasatan ini berlangsung adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang turut turun padang serta bijak dalam menjalankan penyiasatan kes ini.

Siapa sebenarnya beliau? Mari kita baca perkongsian Syahril A. Kadir yang merupakan bekas Pegawai Khas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pernah bertugas sebagai Wartawan Jenayah di Utusan Malaysia.

SIKAP PROFESIONAL SEORANG PEGAWAI POLIS BERNAMA AMAR SINGH ISHAR SINGH

SUSULAN daripada rampasan 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga serta 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin di Pavilion Residence Apartments malam tadi.

Operasi itu diketuai sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Korang boleh nak tulis apa saja tetapi izinkan aku melihat isu ini dari sudut yang sedikit berbeza.

Aku tertarik cara Amar mengendalikan sidang akhbarnya. Nampak betul beliau tenang walau diasak dengan soalan bertubi-tubi daripada media tempatan dan antarabangsa. Masih memanggil para wartawan dengan gelaran ‘Tuan-Tuan’ sebagai tanda hormat walaupun ada je pegawai polis yang panggil wartawan dengan ‘kamu, korang, awak, you’ dan sebagainya

Berbalik pada operasi malam tadi, Amar sudah tentu akan dianggap hero kalau beliau DEDAHKAN siapa pemilik barangan yang dirampas itu. Berita malam tadi juga pasti akan lebih HANGAT kalau beliau dedahkan siapakah Tan Sri pemilik kondo mewah yang diserbu itu.

Namun Amar tahu, adalah tidak bijak untuk mendedahkan ‘segala-galanya’ kerana ini baru masuk peringkat awal siasatan dan beliau perlu adil pada semua pihak.

Ini kerana kalau ‘salah cakap’, ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan.

Pihak polis tak boleh menjalankan siasatan ikut emosi, ikut persepsi, ikut apa yang media atau rakyat nak, mereka kena berpaksi pada garis panduan undang-undang, tak lebih dan tak kurang.

Pada yang belum mengenali pegawai polis tinggi lampai ini, Amar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman (CLP) daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.Selain itu, beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau juga antara pegawai polis yang mengendalikan beberapa kes utama termasuk yang menggemparkan negara antaranya melibatkan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Bangkok, Thailand dan kes pembunuhan yang dilakukan bomoh wanita, Mona Fandey.

Apapun kita kena tenang dan jangan kalut, biar Amar dan anggota pasukannya buat kerja mereka dulu.

Kena ingat, Ini bukan drama Gerak Khas, siasat pagi malam selesai. Kalau camtu dah lama usop haslam jadi Ketua Polis Negara hehehe…

Sumber: Syahril A. Kadir

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di