Siakap Keli

Pelukis Watak Animasi Popular Kanak-Kanak Era 90-an, Pingu Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Ilustrator watak animasi terkenal dunia, Pingu, Antonio Lupatelli diberitakan telah meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Lupatelli, yang menghasilkan watak ikonik itu meninggal dunia pada Jumaat lalu di Cremona, Itali menurut laporan berita yang diterbitkan oleh akhbar tempatan, La Repubblica.
Mendiang pada awalnya menerbitkan karya Pingu tersebut secara bercetak sebelum ia menjadi karya stop-motion popular dunia.
Penerbit berasal daripada Jerman, otmar Gutmann adalah individu yang bertanggunjawab yang menghidupkan watak tersebut menjadi karikatur popular kanak-kanak di antara penghujung tahun 1980 hingga tahun 2006.
Bagi mereka yang lahir pada penghujung tahun 80-an, pasti biasa dengan siri animasi ini walaupun tidak memahami apa yang dituturkan.
Lupatelli dilahirkan pada tahun 1930 di Busseto. Di sepanjang hayatnya, dia telah bekerjasama dengan pelbagai penerbit terkemuka Eropah dan menghasilkan pelbagai watak-watak animasi menarik.
Antara suyarikat penerbitan yang pernah mendapatkan perkhidmatannya adalah Fleetway yang berpangkalan di United Kingdom dan Fratelli Fabbri Editori  di Itali.
Semasa hidupnya, mendiang lebih dikenali dengan nama Tony Wolf, Oda Taro, L’Alpino dan Antony Moore.
Terima kasih Lupatelli kerana pernah menceriakan zaman kanak-kanak kami.
Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di