Siakap Keli

Miliki Isteri Berjanggut Dan Bersuara Maskulin, Mahkamah Tolak Permohonan Cerai Seorang Lelaki

Mahkamah Keluarga di Ahmedabad, Gujerat di India menolak permohonan cerai yang difailkan seorang lelaki selepas mendakwa isterinya mempunyai janggut dan memiliki suara seperti seorang lelaki.

Lelaki tersebut ketika sesi pendengaran memberitahu mahkamah bahawa dirinya telah ditipu oleh keluarga pihak isterinya dengan mendakwa dia tidak pernah melihat wajah dan mendengar suara isterinya sebelum berkahwin.

Malah, ketika mereka bertemu di hari perkahwinan, wanita itu memakai penutup muka dan ia melanggar tradisi sekiranya meminta isterinya membuka penutup wajah ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Isterinya bagaimanapun dalam hujahnya mendakwa mengalami masalah horman dan menyebabkan wajahnya ditumbuhi bulu lebat. Wanita itu turut memberitahu bahawa masalah bulu pada wajahnya boleh diatasi dengan mendapatkan rawatan laser daripada hospital.

Wanita itu sebaliknya mendakwa bahawa suaminya menggunakan hujah tidak tahu dengan keadaan fizikal dan suaranya sebagai alasan untuk menghalau dirinya daripada rumah mereka.

Selepas peguam yang mewakili wanita itu mengemukakan keterangan, lelaki itu bagaimanapun gagal hadir ke mahkamah untuk pembicaraan lanjut. Mahkamah kemudian membatalkan pembicaraan kes tersebut.

Sumber : India Today

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.