Siakap Keli

Kanak-Kanak Enam Tahun ‘Diumpan’ Sebelum Dirogol dan Dibunuh

Kejam, itulah yang dapat diungkapkan apabila seorang lelaki bertindak mengumpan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun keluar dari majlis perkahwinan sebelum merogol dan membunuh mangsa.

Memetik dari Daily Mail, perbuatan lelaki itu berjaya dirakam video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira pada jam 11.30 malam Khamis lalu dan kelihatan kedua-duanya berjalan bersebelahan sebelum mangsa cuba untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa kembali setelah dipanggil oleh suspek. Setelah beberapa jam, kira-kira jam 2.30 pagi, lelaki itu kembali tanpa ditemani mangsa.

Mangsa, difahamkan ke bandar Gwalior di Madhya Pradesh, India bersama ibu bapanya untuk menghadiri majlis perkahwinan sebelum diculik.

Setelah menyedari kehilangan mangsa dari majlis itu, ibu bapanya terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya terus diarah untuk mencari mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui dalam hutan di Gwalior, India kira-kira 500 meter dari majlis perkahwinan yang dihadiri.

Pemeriksaan video rakaman CCTV membawa kepada penahanan suspek yang juga merupakan kakitangan katering yang diupah oleh keluarga pengantin.

Lebih menyedihkan, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa telah diserang secara seksual dan mukanya turut mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dengan objek keras dipercayai batu besar.

Berikut adalah video rakaman kamera litar tertutup yang berjaya merakam mangsa bersama suspek pada hari kejadian.

Sumber : Daily Mail

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey