Siakap Keli

Masalah Orang Kita Bila Ke Kedai Perabut Seperti IKEA

Baru baru ini terdapat satu post di Facebook yang ditulis oleh Saiful Abd Latif menjadi viral mengenai isu di sebuah gedung menjual perabot yang terkenal (IKEA). Menurut beliau kejadian tersebut berlaku di IKEA Kota Damansara. Ketika beliau mahu memilih barangan yang diperlukannya, beliau ternampak kanak-kanak melompat di atas sofa, bermain-main dengan perabot yang dipamerkan digedung berkenaan.

Menurut beliau lagi dalam post yang bertarikh 24 Jun 2018 itu, ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak berbuat apa-apa melihat perbuatan anak mereka.  Malahan ibu bapa juga tidak meletakkan kembali barangan yang disentuh oleh anak mereka dan langsung tidak mempunyai usaha untuk menegur tindakan kurang baik tersebut.

Saiful juga menerangkan dalam artikel tersebut dengan menunjukkan rasa terkejut beliau apabila melihat seoarang lelaki yang berbadan besar melompat ke atas katil yang dipamerkan. Saiful juga menekankan perkataan LOMPAT tersebut untuk menunjukkan rasa tidak percaya beliau apabila melihat seorang lelaki dewasa melakukan tindakan persis kanak-kanak yang dijumpai sebelumnya.

Ketika sampai ke ruang pameran lampu dan mentol, Saiful terlihat seorang kanak-kanak  Melayu yang bermain dengan suis dan menekan suis tersebut dengan kuat. Saiful menekankan perbuatan tersebut sering kan oleh bangsa Melayu sendiri kerana menurutnya belum pernah lagi melihat bangsa lain melakukannya.

Saiful menulis dalam status tang mendapat 3.8K likes dan 1.4K perkongsian itu bahawa keluarga berbangsa lain disitu menegur dan mengajar anak mereka supaya tidak bermain di ruang pameran tersebur. Saiful juga memberi nasihat kepada ibu bapa di dalam post tersebut supaya mengawal , mendidik dan tegur anak jika mereka berbuat salah.

Status yang ditulis oleh Saiful mendapat banyak komen dari pengguna Facebook yang lain. Ada yang bersetuju dengan Saiful bahawa tindakan kanak-kanak tersebut adalah berpunca daripada sikap ibu bapa yang tidak mahu menegur anak mereka. Seperti komen salah seorang pengguna Facebook yang bernama Najah Farahin yang berpendapat bahawa ibu bapa yang bertanggungjawab mendisplinkan anak. Hal ini oleh kerana pembelajaran pertama anak-anak dimulakan di rumah. oleh sebab itu, iu bapa perlu menerapkan adap dan displin bermula dari kecil.

Selain itu, status berkenaan turut disokong oleh beberapa pengguna Facebook lain yang menyatakan bahawa anak-anak perlu dididik oleh ibu bapa dengan cara yang betul. Ibu bapa juga perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menegur sekiranya anak mereka melakukan perkara tidak betul.

 

 

Kebanyakkan mereka mengatakan bahawa anak-anak merupakan cerminan ibu bapa. Apa yang diajar oleh ibu bapa akan dipraktikan oleh anak-anak. Selain itu, kanak-kanak juga sebenarnya belajar melalui apa yang dilihatnya, jadi ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak mereka.

Status yang dimuat naik itu juga mendapat pandangan daripada beberapa pihak yang mengatakan bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dikaitkan dengan bangsa. Hal ini kerana, anak-anak dididik oleh ibu bapa dan mengikut apa yang telah diterapkan oleh ibu bapa. Perkara ini tidak bertepatan dengan dakwaan bahawa bangsa Melayu sahaja yang berperangai sedemikian rupa. Seperti yang dikatakan oleh Mastura Zainudin:

Mastura berpendapat bahawa sikap tersebut sebenarnya tidak melibatkan bangsa tetapi nilai kekeluargaan yang diterapkan oleh ibu bapa kepada anak mereka. Jika ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul, maka anak-anak akan terdedah kepada perkara yang positid  dan begitulah sebaliknya. Mastura menekankan bahawa semua perkara itu berkait dengan sikap, adab dan akhlak masing-masing.

Perkara tersebut turut disokong oleh beberapa pengguna lain :

 

Mereka mengatakan bahawa tindakan anak-anak tidak wajar dikaitkan dengan bangsa. Hal ini berikutan mereka percaya bahawa ibu bapa yang mencorakkan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu bertanggungjawab menerapkan nilai positif dalam diri anak mereka.

Tuntasnya, kanak-kanak umpama kanvas lukisan, ibu bapa perlu melayangkan berus lukisan dengan teknik yang betul supaya lukisan tersebut menjadi sesuatu yang indah kelak. Tegurlah anak-anak jika perlu, jangan terus menerus membiarkan anak-anak membuat kesalahan yang sama. Ibu bapa juga harus cakna dengan setiap tindakan yang dilakukan mereka kerana anak-anak mempelajari perkara melalui pemerhatian. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.