Siakap Keli

2 Anggota Tentera Maut Dihempap Pokok Ketika Tidur Dalam Operasi Di Hutan

Dua anggota tentera yang terlibat dalam operasi di hutan  Royal Belum, Banding dekat sini maut manakala dua lagi cedera selepas khemah mereka dihempap pokok dalam kejadian malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata mereka yang maut dikenal pasti sebagai  Koperal Mohd Safuan Hassan, 30  dan Lans Koperal Fahrurozi Abd Manaf, 32.

Mereka yang cedera pula dikenali sebagai Mohd Haizol Kamsiran yang mengalami patah kaki kanan dan Wilian Nisau Atong yang patah paha kanan, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-duanya dihantar ke Hospital Taiping untuk  rawatan sementara  mayat pula dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

“Hasil  bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan patah beberapa tulang rusuk dan pendarahan dalam paru-paru akibat dihempap pokok, ” katanya.

Mengulas insiden, beliau kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika kesemua mangsa sedang tidur di dalam khemah berkenaan sebelum dihempap pokok besar yang tumbang semasa hujan dan angin kencang.

Sumber : Bernama

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di