Siakap Keli
Aktivitas pembuangan sampah di Tempat Pengelolaan Sampah Terpadu (TPST) Bantar Gebang, Bekasi, Jawa Barat, Senin (26/10). DPRD Kota Bekasi berencana memanggil Gubernur DKI Jakarta terkait klarifikasi adanya pelanggaran perjanjian kerjasama nomor 4 tahun 2009 tentang pemanfaatan lahan TPST Bantar Gebang, diantaranya persoalan standarisasi kendaraan dan jam operasional serta kewajiban Pemprov DKI tentang pembayaran tipping fee. ANTARA FOTO/Risky Andrianto/ama/15

10 Hari Pertama Syawal, Lebih 22,000 Tan Metrik Sampah Dikutip

Dalam tempoh 10 hari pertama umat manusia menyambut Hari Raya, lebih 22,000 tan metrik sisa domestik, pukal dan kebun dikutip oleh Alam Flora Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zain Hassan berkata jumlah kutipan sisa berkenaan turut mencatat penurunan hampir 1,700 tan metrik berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Daripada jumlah keseluruhan sampah yang dikutip, hampir 70 peratus adalah sisa makanan yang menjadi penyumbang terbesar, manakala selebihnya sisa pukal dan sisa kebun.

Penurunan kutipan mungkin disebabkan ramai warga kota masih menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing dan jumlah kutipan dijangka meningkat pada minggu berikutnya apabila aktiviti rumah terbuka giat berlangsung terutama pada hujung minggu,

katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menasihati agar rakyat Malaysia mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui).

Gunakan pinggan yang boleh dicuci serta memastikan makanan yang dihidang tidak berlebih-lebih. Untuk Khidmat Pelanggan Alam Flora, orang ramai boleh menghubungi nombor tertera 1-800-88-7472 yang beroperasi setiap hari bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam untuk sebarang aduan atau berkongsi maklumat mengenai tahap kebersihan di kawasan masing-masing. – Bernama

Nur Farra