Siakap Keli

(Gambar) 7 Tips Untuk Dapatkan Muka Segar Berseri Tanpa Secalit Mekap

Rasanya ramai diantara wanita yang tak suka sangat mekap tapi sentiasa nak rasa muka nampak segar dan tak kusam.  Mungkin ada yang mengamalkan makanan tambahan untuk kelihatan lebih ‘bersinar’ walaupun tanpa mekap tapi tak ramai yang ada bajet lebih untuk beli.  Yela, kita pun tahu makanan tambahan ni harganya mahal sikit kerana diformulakan daripada bahan-bahan organik yang bermutu tinggi.

Oleh itu, hari ini kami nak kongsi 10 cara berkesan untuk kelihatan sentiasa segar walaupun tanpa mekap!

1. Mulakan pagi korang dengan senaman

Tak kisah senaman ringan atau berat, senaman di waktu pagi membuatkan organ dalaman badan berfungsi dengan lebih baik.  Darah akan di pam dengan lancar dan menjadikan tubuh badan lebih sihat, muka pun lebih ‘glowing’!

2. Bermain dengan warna!

Walaupun warna hitam tu, warna kegemaran korang. Tapi, sekali-sekala tu cuba bermain dengan warna terang. Warna terang dan sesuai dengan warna kulit akan memberi kesan ‘positif’ pada wajah korang.  Contohnya jika tona kulit korang cerah, warna biru, merah jambu, atau warna pastel yang lain sangat sesuai dan untuk mereka yang bertona sedikit gelap, warna coklat, kuning atau oren sangat ‘stunning’! Manakala, warna hitam hanya akan memberikan korang bayangan tanpa seri wajah.  Pemilihan warna baju yang salah juga akan membuatkan kulit wajah kelihatan lesu.

via GIPHY

3. Air sejuk atau sudu?

Daripada basuh muka guna air panas, air sejuk lebih bagus untuk memberikan kesegaran maksima! Lagi satu, tak payah nak susah-susah hilangkan sembap mata guna ‘mask’, sudu besi yang disimpan dalam peti sejuk boleh bantu kurangkan sembap dengan meletakkannya di bahagian bawah mata pada awal pagi sebaik bangun tidur.

Start your day with some warm lemon water

4. Minum air yang banyak!

Siapa yang sehari minum 2-3 gelas air tu, cuba minum sebanyak mungkin sebab kekurangan air dalam badan akan membuatkan korang dehidrasi.  Dehidrasi boleh buatkan bibir korang dan bahagian kulit jadi kering bersisik.

5. Kurangkan penggunaan telefon bimbit pada malam

Kalau korang nak tahu, penggunaan 2 jam peranti digital seperti telefon pintar, laptop dan sebagainya akan menurunkan tahap melatonin iaitu kimia yang mendorong untuk tidur.  Jadi, lebih rendah tahap melatonin, lebih susahlah korang nak tidur.

6. Amalkan peraturan 20/20/20 sehari

Kalau korang jenis yang kerja sehari mengadap laptop atau pc, cuba amalkan peraturan ini dimana doktor berpendapat cara ini akan mengurangkan mata letih dan merah.  Ambil 20 saat untuk tengok sesuatu dalam jarak 20 kaki jauh setiap 20 minit!

7. Makan atau bau anggur, oren atau lemon!

Makanan jenis bertepung dan mempunyai gula hanya akan membuatkan korang ‘lemau’ waktu pagi.  Cuba amalkan buah-buahan yang mengandungi vitamin C kerana membantu meningkatkan tenaga dan bantu otak lebih fokus!

“Tapi saya tak suka makan buah-buahan jenis citrus ni”

Jangan risau, kalau tak suka makan, hanya dengan menghidunya saja boleh merangsang otak dan memberikan impak positif pada wajah!

Sumber: Style Caster

Nur Farra