Siakap Keli

Nak Beli Rumah? Ini Jumlah Wang Pendahuluan Yang Anda Perlu Sediakan

Dengan harga pasaran rumah terus meningkat dari semasa ke semasa, anda sememangnya harus membuat perancangan untuk membeli rumah pertama anda lebih awal daripada yang anda fikirkan.

Bagaimanpun, untuk memiliki sebuah rumah, anda perlulah memahami serba sedikit selok-belok ataupun prosedur-prosedur tertentu yang terlibat. Pemahaman mengenai ilmu hartanah ini amat penting bagi mengelakkan anda daripada terpinga-pinga ataupun tidak tahu hujung pangkal dengan urusan yang perlu anda lalui.

Sekurang-kurangnya terdapat 20 perkara yang digariskan oleh portal hartanah Hartabumi.com antaranya adalah menyediakan profil kewangan, mengira kelayakkan anda serta keputusan sama ada anda membeli rumah untuk didiami atau sebagai pelaburan.

Bagaimanapun kali ini kami di Siakap Keli ingin berkongsi dengan anda satu artikel berkaitan pengiraan wang pendahuluan yang perlu anda bayar untuk membeli rumah dengan harga tertentu.

Banyak persoalan yang timbul mengenai wang pendahuluan ini, lebih-lebih lagi jika anda adalah pembeli muda yang kali pertama berhajat untuk memiliki rumah. Adakah hanya wang pendahuluan sama dengan bayaran deposit? Atau wang deposit itu sebahagian daripada jumlah keseluruhan wang pendahuluan yang perlu anda bayar? Adakah wujud bayaran-bayaran lain yang anda perlu jelaskan?

Berdasarkan perkongsian di portal Hartabumi.com, jumlah wang pendahuluan yang anda perlu bayar terbahagi kepada tiga bahagian iaitu deposit rumah 10 peratus, wang bayaran SPA (Sale Purchase Agreement) dan Duti Stem.

Hartabumi.com berkongsi pengiraan jumlah wang pendahuluan untuk rumah berharga di antara RM 100 ribu hingga 700 ribu.

1. Rumah Berharga RM 100,000

2. Rumah Berharga RM 200,000

3. Rumah Berharga RM 300,000

4. Rumah Berharga RM 400,000

5. Rumah Berharga RM 500,000

6. Rumah Berharga RM 600,000

7. Rumah Berharga RM 700,000

Sumber : Hartabumi.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.