Siakap Keli
PUTRAJAYA, 2 Julai -- Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan SPRM melibatkan dua kes berasingan hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Video) Giliran Zahid Beri Keterangan Di Ibu Pejabat SPRM

Pagi ini, Presiden UMNO baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan kes 1MDB.

Beliau tiba pada pukul 9.50 pagi tadi dengan senyuman yang dilemparkan kearah media dan terus memasuki pejabat SPRM tanpa memberi sebarang ulasan. 

27 Jun lalu, Ahmad Zahid telah dihubungi oleh SPRM meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata Ahmad Zahid dikehendaki hadir bagi membantu siasatan membabitkan dua kes tetapi beliau tidak mengulas lanjut dua kes berkenaan.

Semalam, Ahmad Zahid berkata keterangan yang akan diberikan adalah berkenaan kes penyelewengan dana yayasan miliknya. – Bernama

Nur Farra