Siakap Keli
Piala Sumbangsih Jdt selangor
Gambar: BERNAMA

Piala Sumbangsih: JDT Harap Selangor FC Pertimbang Semula Isu Tidak Hadir

Piala Sumbangsih: JDT Harap Selangor FC Pertimbang Semula Isu Tidak Hadir

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu.

“Kami maklum dan kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat ini meskipun telah diberikan jaminan oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor bahawa keselamatan pasukan, pemain dan penyokong merupakan keutamaan dan pihak polis akan menggandakan kehadiran dengan 1,500 anggota.

“Kami sememangnya mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC tetapi kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan.

“Ini kerana ianya boleh menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun mendapat jaminan daripada Polis DiRaja Malaysia,” katanya dalam kenyataan tersebut.

BACA: Keluarga Faisal Serah Sepenuhnya Kepada Polis Jalankan Siasatan 

Tambah Alistair, beliau menjelaskan kelab Harimau Selatan itu pernah diserang dalam keadaan yang ‘hostile’ di Pahang, Perak dan Kelantan sebelum ini tetapi masih ke gelanggang untuk bermain dalam perlawanan yang dikawal ketat pihak polis.

“Selangor tidak pernah diserang di Stadium Sultan Ibrahim. Malahan pasukan dan penyokong mereka dikawal oleh polis ke dalam stadium dan sehingga ke bas dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

“Meksipun kejadian baru-baru ini yang menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim membimbangkan, kita perlu meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa bukan hanya untuk menyiasat kes-kes ini tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-25 berjalan lancar,” katanya lagi.

Semalam, kelab itu mengumumkan telah meningkatkan lagi keselamatan para pemainnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber: Fb Johor Southern Tigers

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?