Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Keluarga faisal siasatan polis
Gambar: BERNAMA

Keluarga Faisal Serah Sepenuhnya Kepada Polis Jalankan Siasatan 

Iqbal Yasir

Keluarga Faisal Serah Sepenuhnya Kepada Polis Jalankan Siasatan

BUKIT MERTAJAM, 8 Mei (Bernama) — Keluarga Faisal Halim menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan berhubung insiden simbah asid yang menimpa pemain sayap Selangor FC itu.

Bapanya, Abdul Halim Saad, 60, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian yang menimpa anak keempat daripada lima beradik itu dan menganggap ia sebagai ketentuan tuhan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM kerana telah mengendalikan kes ini dengan baik dan kita serahkan sepenuhnya kepada mereka untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Bagi pihak keluarga, saya juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada kami sekeluarga untuk lebih kuat menerima qada dan qadar Allah. Alhamdulillah kami masih kuat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Faisal Halim di Dewan Homestay Mengkuang Titi di sini malam ini.

Lebih 300 orang terdiri daripada penduduk setempat dan pemimpin masyarakat hadir pada majlis tersebut yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak DNA Faisal Halim.

BACA: Antara Lima Terbaik Dalam Program Mencari Ramli, Ini Fakta Tentang Faisal Halim

Abdul Halim menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang kuat dan ‘kebal’ serta sudah boleh menerima kejadian yang menimpa dirinya, malah dilihat semakin bersemangat untuk pulih.

Menurutnya buat masa ini dia tidak mahu mengganggu emosi Faisal, tetapi memberitahu akan ke Shah Alam dalam sehari dua lagi untuk menziarahnya dan setakat ini keluarganya belum membuat keputusan sama ada mahu memindahkan Faisal ke Pulau Pinang.

Sementara itu, Presiden Kelab Bola Sepak DNA Faisal Halim, Ammar Muhamad Pauzi berkata majlis malam ini diadakan atas rasa sayang kepada pemain sayap sensasi Harimau Malaya itu, yang merupakan anak jati Mengkuang Titi dan individu yang sangat disenangi dalam kalangan penduduk setempat serta turut melatih pemain muda di kampung.

“Dia bukan sekadar pemain bola, tetapi dia nak pembangunan bola itu ada di sini dan bantu lahirkan lebih ramai Faisal Halim. Jadi, kami amat kecewa dengan kejadian menimpanya dan berharap dia diberikan kesembuhan,” katanya.

Pada Ahad lepas, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey, disimbah asid di pusat beli-belah di Kota Damansara, Selangor dan disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama.

Sumber: BERNAMA