Siakap Keli

Zahid Beri Keterangan 9 Jam, Hadir Lagi Hari Ini Untuk Kes Penyelewengan Yayasan Akal Budi

Zahid dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM  pada jam 6.40 petang sejurus tiba pada 9.50 pagi semalam selama hampir 9 jam selepas memberi keterengan.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad Zahid berkata antara lain beliau diminta memberi keterangan berhubung pertemuannya dengan wakil keluarga raja Arab Saudi.

“Perkara berkenaan (jumpa wakil Raja Arab Saudi) (SPRM) memerlukan maklumat lanjut kerana maklumat itu cuma diperoleh melalui media. Saya baru selesai memberi keterangan terhadap isu ini dan pada hemat saya ia telah selesai (menjawab persoalan 1MDB),” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa akan hadir sekali lagi ke SPRM hari ini bagi melanjutkan keterangan bagi penyelewangan dana Yayasan Akal Budi.

Berdasarkan siasatan SPRM sejak awal tahun ini, seorang menteri kanan disyaki menggunakan RM800,000 dana yayasan berkenaan untuk membayar kad kredit miliknya dan isteri. – Bernama

 

Nur Farra