Siakap Keli

Kaunter Tiket Final Lengang, Adakah Ramai Penyokong Sokong JDT Secara Senyap? – JST

Baru-baru ini tular dilaman sosial apabila kaunter tiket untuk perlawanan akhir  Piala FA 2018 yang menemukan pasukan Pahang dan Selangor lengang dan tidak semeriah perlawanan akhir yang kerap berlaku di Malaysia.

Rata-rata penyokong menyifatkan kejadian lengang itu berlaku kerana ‘timing’ perlawanan akhir ini tidak tepat pada masanya apabila ia diadakan sama dengan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018 di Russia.

Jika kita imbas kembali momen perlawanan akhir musim lepas, penyokong sanggup berkhemah di depan kauter tiket sejak pukul 12 tengah malam untuk memastikan tidak terlepas menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

Hari ini, laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Takzim, Johor Southern Tiger membuat satu kenyataan bahawa terdapat beberapa kajian yang dilakukan kejadian hambar yang berlaku untuk perlawanan kali ini hanya kerana ramai penyokong bola sepak menyokong JDT secara senyap.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Johor Southern Tiger.

ADAKAH RAMAI PENYOKONG BOLA SEPAK MENYOKONG JDT SENYAP-SENYAP?

Terdapat beberapa pihak yang membuat kajian sendiri mengatakan seolah-olah kehadiran hambar penyokong ke stadium masing-masing kerana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dominan dalam liga Malaysia. Tetapi hari ini kita boleh lihat dua pasukan yang akan bermain dalam perlawanan akhir Piala FA yang tiada kena mengena dengan JDT, tetapi mengapa sambutan para penyokong ke stadium masih hambar lagi? Adakah masih salah JDT?

Statistik jelas menyatakan kehadiran penyokong di larkin adalah yang tertinggi. Bukan sahaja dalam Liga Malaysia tetapi masih tertinggi jikalau dibandingkan dengan kelab-kelab hebat di Thailand seperti Muangthong United dan Buriram United.

Satu perkara lagi apabila JDT bermain di tempat lawan, stadium pihak lawan dapat dihadiri ramai penyokong dan boleh penuh tetapi apabila melibatkan pasukan lain kenapa ia kosong? Adakah masih salah JDT? Ataupun ini disebabkan kerana kesemua penyokong bola sepak menyokong pasukan JDT secara senyap-senyap?

Sumber: Johor Southern Tiger

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di