Siakap Keli

Minum Jus Buah Atau Makan Buah, Sama Atau Tidak Dan Mana Lagi Baik?

Minum segelas jus buah-buahan pada waktu pagi memang sesuatu yang mengenakkan dan pada fikiran kita, ia adalah sesuatu yang sihat. Malah, kami pasti ramai daripada kita tidak pernah terfikir bahawa menikmati segelas jus sebenarnya berbeza dengan memakan buah-buahan tersebut secara terus.

Misalnya jika kita memilih untuk memberikan anak kita sebotol jus buah-buahan campuran, jika dilihat pada label, ia menjanjikan lima jenis hidangan dalan segelas cawan. Tapi tahukah anda, ia bukanlah idea yang baik untuk membenarkan anak anda menikmati minuman tersebut.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), kanak-kanak sepatutnya memakan buah-buahan, bukannya meminum jus buah-buahan seperti kebiasaan yang ibubapa-ibubapa buat. Jus buah-buahan di dalam botol atau kotak adalah minuman popular yang sering kali ibu bapa beri kepada anak-anak mereka kerana ianya mudah untuk disediakan.

Namun AAP menasihatkan anda mengelak tabiat tersebut sebaliknya mula mendidik anak-anak anda untuk memakan buah-buahan secara terus.

Berbeza dengan jus buah-buahan, memakan buah-buahan secara terus menawarkan anda nutrisi dan fiber penuh, berbanding jus buah-buahan yang sudah ditapis. Selain itu, jus buah-buahan juga boleh menyebabkan anak-anak anda menghidapi masalah kaviti dan belaku penambahan atau pengurangan berat badan. Malah, ia juga boleh menyebabkan anak anda diserang diarrhea jika diambil secara berlebihan.

AAP pada masa yang sama juga melarang secara tegas para ibu daripada memberikan bayi mereka dibawah usia 1 tahun jus buah-buahan, kecuali atas saranan doktor. Malah, ibu bapa perlu mengehadkan pengambilan jus buah-buahan oleh anak-anak mereka walaupun sudah besar.

AAP turut berkongsi garis panduan yang boleh diikuti oleh ibu-ibu di luar sana :

1. Susu Ibu

AAP menyarankan para ibu untuk menyusukan bayi mereka secara eklusif hingga ke usia 6 bulan, dan meneruskan memberi susu ibu untuk bayi mereka sehingga usia 1 tahun atau untuk beberapa tahun lagi.

2. Elakkan Jus Buah-Buahan

Elakkan daripada memberikan bayi atau anak-anak anda jus buah-buhan di dalam botol atau kotak. Kanak-kanak tidak sepatutnya meminikmati jus buah-buahan secara kerap sepanjang hari.

3. 100 Peratus Jus

Beli produk jus yang tertera label ”100 peratus Jus Buah-Buahan”. Jika anda membeli jus buah-buahan yang tidak 100 peratus buaha-buahan, ini bermakna anak anda turut menikmati bahan tambahan yang tidak sepatutnya. Malah, jus jenis ini juga mengandungi jumlah gula yang sangat tinggi.

4. Jus Yang Sudah Dipastur

Ibu bapa wajib memberikan anak-anak mereka minum jus yang sudah dipastur sahaja. Jus buah-buahan yang tidak dipastur mungkin mengandungi germ-germ asing yang boleh menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan.

AAP turut berkongsi satu infografik yang menyarankan jumlah pengambilan jus buah-buahan mengikut peringkat umur anak-anak anda seperti di bawah.

Sumber : American Academy of Pediatrics (AAP)

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.