Siakap Keli

Rumah Musnah Terbakar Gara-Gara Pantulan Cahaya Matahari

Sebuah rumah terbakar gara-gara terkena pantulan cahaya matahari daripada meja kaca semasa berlakunya cuaca panas melampau di Britain baru-baru ini.

Walaupun sudah diberi amaran untuk menyimpan segala bentuk perabot ataupun berangan berasaskan kaca daripada sinaran matahari, keluarga ini tetap mengendahkan amaran itu lantas menyebabkan kebakaran hampir separuh daripada kediaman yang mereka diami.

Para penyelamat bergegas ke tempat kejadian pada Isnin lalu dan mendapati kebakaran sudah pun merebak separuh daripada bangunan tersebut.

Pun begitu, penghuni rumah tersebut didadapti selamat dan berjaya melarikan diri sebelum api menyambar.

Salah seorang jurucakap Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat berkata, “ia disebabkan oleh cahaya matahari yang memantul daripada meja kaca yang terletak di luar taman belakang.  Penghuninya berjaya keluar dari rumah dengan selamat.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra