Siakap Keli

Bekas Anggota SEAL Maut Dalam Operasi Hantar Bantuan Oksigen Kepada Mangsa Terperangkap

Pihak berkuasa Thailand dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan seorang bekas anggota tentera laut SEAL telah terkorban dalam operasi menyelamat 12 orang pemain bola remaja dan seorang jurulatih yang terperangkap di dalam di Chiang Rai semalam.

Samarn Poonan, dilaporkan meninggal selepas dia dipercayai lemas akibat kekurangan oksigen semasa menyelam untuk pulang selepas bertungkus lumus manghantar tangki bekalan oksigen kepada semua mangsa terperangkap di dalam gua.

Panglima SEAL Arpakorn Yookongkaew memberitahu Samarn merupakan bekas Anggota Elite SEAL telah tampil membantu dengan sukarela di mana dia telah menyelam lewat malam semalam kira-kira jam 2 pagi untuk menghantar tangki oksigen kepada mangsa.

Poonan ditemui oleh rakan-rakan menyelamnya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam air, dia kemudiannya ditarik keluar dan diberikan bantuan pernafasan namun tidak berjaya memulihkannya.

Beliau adalah salah satu daripada kira-kira 80 Tentera laut Thailand Thai, mereka membentuk sebahagian besar penyelam yang menjalankan usaha penyelamatan.

Pihak berkuasa Thailand sedang bertungkus-lumus untuk mengepam air dari sebuah gua yang dinaiki air selepas hujan tidak henti-henti kerana monsun di mana 12 orang permain dan jurulatih bola sepak mereka itu telah terperangkap sejak 23 Jun lalu.

 

Sumber: ABC News

Daus Ishak

Jangan terpaku terlalu lama dengan kejayaanmu