Siakap Keli

RM5 Ribu Segram, Menjadikan Ia Antara Teh Paling Mahal Daripada Harga Emas

Lebih popular dengan harganya daripada rasanya, teh yang sangat jarang ditemui dan asli Da Hong Pao (Imperial Red Robe), merupakan teh yang berharga kira-kira $ 10,000 per periuk, atau sekitar $ 1,400 setiap gram, menurut BBC Travel.

via GIPHY

Hanya terdapat di bandar Wuyishan di China, Da Hong Pao adalah teh Oolong yang sangat teroksidasi, gelap dan terkenal dengan aroma yang manis dan rasanya halus.

Oleh kerana kualiti dan harga, keluarga berpendapatan rendah tidak dapat minum teh mahal di China. Namun, bagi mereka yang mampu membayarnya, teh istimewa ini biasanya disediakan untuk tetamu yang dihormati.

Kualiti teh Da Hong Pao dinilai dengan pelbagai citarasa dan dipengaruhi oleh pemprosesan yang digunakan, perbezaan tanah, dan lokasi tanaman.

Pembuat teh generasi lama turut mengadakan ritual tahunan khas untuk Da Hong Pao supaya pokok teh itu tumbuh subur.  Mereka pergi ke kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan berdoa kepada tuhan teh, Lu Yu supaya pucuk baru tumbuh.

Daun teh itu dikatakan disapu dengan susu kambing ketika ia membesar dan selepas ia dituai.  Daunnya kemudian dikeringkan dan dibiarkan selama 80 tahun untuk mendapatkan rasa teh yang istimewa.

Sumber: BBC Travel

Nur Farra