Siakap Keli

6 Jenis Kandungan Bertoksik Yang Mungkin Ada Dalam Produk Kosmetik Anda

Apabila berbicara mengenai kecantikkan dan penjagaan diri, kita cenderung untuk menggunakan pelbagai produk kosmetik yang dijual di pasaran bagi memastikan penampilan diri sentiasa menawan dan memikat hati siapa pun yang memandang. Sebut sahaja alat solek, yang wanita terutamanya pasti terbayang pelbagai jenama dalam kepala.

Tapi anda pernah terbayang tak macam mana produk tersebut dihasilkan dan apakah bahan kimia yang digunapakai oleh pihak pengeluar untuk menghasilkan produk tersebut. Lagi satu, adakah anda turut memikirkan bahaya penggunaan bahan kimia tersebut terhadap kesihatan anda.

Kali ini kami di SK ingin berkongsi dengan anda 6 bahan kimia bertoksik yang mungkin ada dalam alat kosmetik anda sekaligus mampu mengancam kesihatan anda sebagai pengguna.

1. Formaldehyde

Bahan yang terhasil daripada gas asli ini seringkali digunakan dalam produk pengilat rambut dan kuku. Nama lain kepada bahan ini dalam bentuk cecair pula dikenali sebagai methylene glycol dan formalin.

Bahan-bahan bersifat karsinogen ini seringkali dilabel sebagai methylene glycol, anda juga dinasihatkan untuk memerhati beberapa nama lain pada produuk kosmetik anda antaranya diazolidinyl urea yang biasa digunakan dalam produk pencuci muka dan penjagaan rambut. Satu lagi nama adalah quaternium-15, yang digunapakai dalam produk kecantikkan wajah terutama dalam bentuk bedak.

2. Parabens

Bahan pengawet yang aktif ini mudah dijumpai dalm bentuk semula jadi misalnya di dalam buah bluberry dan lobak. dan ia merupakan antara bahan kimia yang paling kerap digunakan dalam produk kosmetik. Kebanyakkan pengeluar menggunakan kepekatan parabens pada kadar 0.3 peratus atau lebih rendah dalam produk mereka.

Di Amerika Syarikat, tidak wujud larangan tegas terhadap penggunaan parabens dalam produk kosmetik. Parabens menunjukkan kesan-kesan seperti estrogen, yang mana menimbulkan kebimbangan terhadap wujudnya risiko payu dara. Malah, kajian yang dibuat oleh Universiti Harvard juga mendapati kesan parabens pada badan boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang.

Bagaimanapun, Badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat tidak mempunyai bukti kukuh mengenai kesan parabens ini ke atas manusia.

3. Petrolatum

Petrolatum yang dihasilkan daripada petroleum ini digunakan bagi memastikan gincu anda sentiasa berada dalam keadaan lembap. Selain gincu, petrolatum turut digunakan di dalam produk losyen dan krim.

FDA menasihatkan ada untuk mendapatkan produk yang disebutkan di atas daripada jenama terkemuka kerana pengeluar tersebut mempunyai peraturan ketat terhadap penggunaan bahan tersebut selain dipantau oleh pihak berkuasa.

4. Phthalates

Phthalates digunakan dalam pelbagai produk kosmetik antaranya pengilat kuku, minyak wangi dan beberapa produk lain lagi. Walaupun penggunaannya tidak dihalang oleh FDA, bagaimanapun ia diharamkan dalam penghasilan produk melibatkan kanak-kanak.

Selain pengilat kuku dan minyak wangi, ia juga digunakan dalam penghasilan produk rumah seperti pewangi dan pencuci rumah malah boleh ditemui di dalam makanan.

Mudah sahaja, anda harus mengelak daripada menggunakan produk yang dibungkus dalam plastik kitar semula dan mempunyai label recycling-code-3 kerana ia mengandungi Phthalates yang tinggi.

5. Sodium lauryl sulfate (SLS)

Bahan kimia ini digunakan dalam produk mandian dan berfungsi untuk menghasilkan buih, seperti syampu dan krim pencukur muka.

Walaupun penggunaannya tidak dilarang, namun bahan ini boleh menyebabkan keradangan pada kulit. FDA menasihati pengguna agar menggunakan produk dengan bahan ini berdasarkan sukatan yang tertera pada bahagian label produk tersebut.

Bahan ini jarang ditemui dalam produk mandian bayi, jadi anda perlu mengelak daripada menggunakan produk mandian dewasa pada  anak anda terutama yang masih bayi.

6. Triclosan

Bahan pengawet dan bersifat anti-bakteria ini seringkali ditemui dalam ubat gigi, produk penjagaan mulut, deodoran, syampu badan dan rambut.

Walaupun penggunaan triclosan dalam ubat gigi mampu membantu mengatasi masalah gingivitis, namun kajian yang dijalankan ke atas haiwan mendapati bahawa pendedahan terhadap triclosan mampu menganggu horman badan manusia, menyebabkan alahan dan dikaitkan dengan risiko beberapa jenis kanser.

Jika anda seorang yang mementingkan soal kesihatan, lebih elok jika anda mengelak daripada menggunakan ubat gigi yang mengandungi triclosan.

Sumber : Reader Digest

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.