Siakap Keli

Ada Lima Perkara Ibu Bapa Kena Buat Supaya Anda Tak Jadi Seperti Gambar Diatas

Kehidupan berumah tangga, ada suami, ada isteri dan ada anak-anak adalah impian setiap orang. Bercinta empat lima tahun, pastinya setiap pasangan kekasih bercita-cita mahu ia berakhir dengan perkahwinan kan. Bila sudah menjadi suami isteri, mula pasang angan-anagan mahu tambah ahli. Ada yang merancang setiap tahun seorang anak, ada juga yang berselang tahun, tapi pendek kata semuanya mahukan anak.

Tapi cabaran memiliki dan membesarkan seorang anak bukannya perkara yang mudah. Tambah-tambah buat pasangan muda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Sudahlah baru berkahwin, ilmu keibubapaan pula kurang ataupun tak pernah pun terlintas di fikiran untuk dipelajari sebelum ini.

Itu baru bercakap tentang seorang anak kan, cuba bayang kalau anak bertambah setiap tahun. Anak sulung kecil lagi, dah diberi rezeki anak kedua. Semakin membesar anak anda, semakin banyak lah ragamnya kan. Boleh buat ibu bapa pening kepala nak ”face to face” dengan anak setiap hari.

Tapi anda jangan risau, apa kata anda ikut sahaja lima saranan yang dibuat oleh Dr. Taufiq Razif ini. Banyak perkara sebenarnya anda perlu teliti setiap hari dan ia memerlukan komitmen kedua-dua pihak, baik isteri mahupun suami. Barulah rumah tangga anda berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah besar.

Nak tahu apa tipsnya? Jom baca perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat.

Ada 5 benda korang kena buat supaya korang tak jadi macam dalam gambar ni :

1. Ajar pasangan untuk memahami

Perkahwinan ni adalah proses berkenalan. Bukan berkenalan secara permukaan sahaja tetapi kita kena berkenalan dengan psikologi, fisiologi dan emosi pasangan kita juga

2. Belajar ilmu kawal emosi diri

Salah satu cara nak kawal emosi adalah dengan buat Deep Breathing ke Muscle Relaxation ke. Paling best adalah muscle relaxation. Samada dengan renggangan badan, senaman ringkas ataupun dengan urutan.

Nak lagi best suruh pasangan kita belajar mengurut. Spa percuma tu!

3. Belajar ilmu kawal emosi anak

Anak meragam tak berhenti boleh menyebabkan tekanan. Lebih parah lagi kalau tak belajar atau tak ada ilmu dan cara nak menenangkan. Bukankah anak yang tenang membuatkan kita lebih tenang?

4. Belajar ilmu urus rumahtangga

Kebanyakan stres ni datang juga daripada cara kita uruskan rumahtangga. Cuba fikirkan bersama pasangan kita bagaimana nak cepatkan dan mudahkan proses cuci baju, proses keringkan baju, proses memasak dan juga proses mengemaskan rumah.

Ingat tu, fikir bersama sama bukannya pendam memendam hingga akhirnya ia meletus menyebabkan perang dunia ke 3.

5. Ambil WE TIME

Sesekali ambil masa berdua bersama pasangan. Selain daripada ME TIME, WE TIME juga penting kerana daripada WE TIME la perasaan positif kepada pasangan kita boleh kembali mekar dan subur.

Nak taknak kita kena belajar suburkan cinta pada pasangan kita. Wajah tu je kita nak hadap hari hari kan. Kalau boleh, kita nak hadap wajah yang menenangkan jiwa kita sentiasa walau kita sedang berduka lara

Taufiq Razif,
Juru urut isteri

p/s : Belajar lebih banyak lagi tentang cara kawal emosi anak di Telegram saya. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber : Taufiq Razif

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.