Siakap Keli

(Video) Terkorban Dalam Misi Menyelamat Gua Di Thailand, Saman Kunan Diingati Sebagai ‘Hero Dunia’

Dunia telah meraikan kejayaan misi menyelamat 12 orang ahli pasukan bola sepak bersama jurulatih mereka yang terperangkap selama dua minggu di sebuah gua di Thailand.

Namun, dalam misi tersebut, seorang penyelamat merupakan bekas SEAL Tentera Laut Thailand telah terkorban selepas menghantar tangki oksigen ke lokasi kanak-kanak tersebut terperangkap.  Ketika dalam perjalanan pulang, beliau tiba-tiba tidak sedarkan diri dan meninggal dunia dipercayai kekurangan oksigen pada kira-kira jam 1 pagi 6 Julai lalu.

Saman Gunan hari ini akan diingati oleh seluruh keluarga dan dunia sebagai wira.  Pemergian Saman membuatkan rakyat dan raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn bersedih dan telah bertitah bahawa pengebumian Saman ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Thai.

Saman dikebumikan sebagai seorang wira dan mayatnya diterbangkan terus ke kampung halamannya di Roi Et.

Isteri Saman memberitahu media, “dia suka membantu orang lain dan melakukan kerja amal.”

“Saman meninggalkan kami ketika sedang menyelam di mana kami sama-sama bekerjasama untuk menyelesaikan misi ini. Saman akan sentiasa berada dekat di hati semua yang terlibat dalam misi ini,” kata salah seorang wakil Navy Seal Thailand.

Sementara itu bapa Saman memberitahu BBC bahawa dia sangat bangga terhadap anaknya.

“Tetapi saya juga sangat sedih kerana kehilangan anak yang saya cinta.”

“Semoga awak berehat dengan selamat di sana, Saman.”

Sumber: abc

Nur Farra