Siakap Keli

”Sudah Makan Sajib?” Lelaki Kongsi Kisah Hormat Yang Tak Perlu Dibeli Dengan Wang Ringgit

Untuk meraih hormat itu mudah. Namun penghormatan itu tidak datang secara percuma, bahkan perlu dicari. Ajar diri anda untuk menghormati orang lain dahulu dan mereka akan menghormati anda.

Secebis kisah perkongsian daripada Tuan Azizul Azli Ahmad mungkin boleh dijadikan renungan untuk anda semua. Walau sekecil mana pun taraf atau kedudukan seseorang di dunia ini, tidak ada yang mahukan penghinaan atau tidak dihormati.

Mungkin ‘Sajib’ hanya pemuda Bangladesh biasa, tetapi dia contoh hormat yang tak perlu dibeli dengan wang. Kita menghormatinya, dia beri lebih dari itu. Jadi tanya di mana diri anda ketika ini. Adakah anda orang yang minta dihormati atau belajar dulu menghormati orang tanpa mengira siapa pun?

JANGAN MINTA DIHORMATI?

Ini pekerja Petronas Batu Gajah Perdana, namanya Sajib. Bukan Sajat. Dia berasal dari Bangladesh dan ikut abangnya kerja disini.

Setiap kali jumpa di stesen minyak ini saya akan sapanya dengan tanya khabar dan soalan

“sudah makan Sajib”?.

Dia malu malu ayam dan jawab dengan santunnya.

Sesekali bila ada lebihan wang kecil waktu bersalam saya selitkan ketangannya. Dia seboleh mungkin cuba menolak.

Apakah kesannya?

Tiap kali kereta saya atau isteri yang datang kesini dia akan cepat cepat keluar untuk bantu isikan minyak.

Cermin dan tingkap akan dicuci dengan tekun sekali. Saya kira bukan soal sedekah yang kita berikan padanya.

Tetapi rasa hormat kita padanya buat dia hormati kita.

Dalam hidup ini, orang hormati kita bukan sebab kita pegawai tinggi, ketua jabatan, bos, doktor, polis, menteri, Dato Seri atau jadi selebriti.

Orang akan hormat kita bila kita juga hormati orang lain tanpa mengira status kerjanya.

Jangan mintak dihormati dan dihargai, tetapi hormati orang lain dan kehormatan itu akan datang dengan sendirinya.

Sumber : Tuan Azizul Azli Ahmad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.