Siakap Keli

4 Beradik Menderita Sakit Misteri, Tapak Tangan Dan Kaki Bertukar Menjadi ‘Batu’

Empat kanak-kanak dari keluarga miskin di Pakistan menderita sakit misteri sehingga membuatkan tapak kaki mereka berubah menjadi seakan batu.

Menurut doktor yang merawat, Habibullah Bhatti, 19, Mehrunisa, 15, Nasebullah Bhatti, 10, dan Khairunisa, 6, menderita sakit epidermolytic hyperkeratosis yang telah menyerang hampir 200,000 orang seluruh dunia sehingga menyebabkan tapak kaki dan tangan menjadi tebal dan berkuping.

Setakat ini masih tiada penawar untuk penyakit ini.  Kedua ibu bapa anak-anak ini menyebabkan mereka tidak boleh memakai sandal kerana terlalu sakit dan terpaksa berkaki ayam apabila berjalan.

“Ia berlaku 3 tahun lalu, lapisan kulit tebal mulai menjadi seperti batu dalam beberapa bulan.”

“Mereka tidak boleh memakai kasut atau stokin namun ianya sukar apatah lagi jika mereka harus berjalan semasa musim waktu panas atau sejuk tanpa pelapik kaki.”

“Kami telah berjumpa ramai orang, doktor atau pengamal agama, namun keadaan mereka tetap sama.”

Bapa kepada anak-anak itu, Nazir hanya bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh 3 Euro sehari dan tidak mampu membawa anak-anaknya kemana-mana hospital untuk rawatan lebih besar.

“Saya tidak mempunyai wang untuk membiayai perbelanjaan perjalanan dan membawa anak-anak saya ke mana-mana hospital yang lebih besar di Karachi atau mana-mana bandar besar lain.”

Sumber: Daily Mail

Nur Farra