Siakap Keli

Wan Kuzain Cipta Sejarah Lagi, Terpilih Sertai MLS Homegrown Game Di Atlanta

Dalam satu kenyataan media sebuah kelab bola sepak yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa dua pemain mereka iaitu Wan Kuzain Wan Kamal dan Jaylin Lindsey telah terpilih untuk mewakili MLS Homegrown di Atlanta 31 Julai ini.

Perkara ini juga telah dimuatnaik di Facebook ayah kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kamal. Wan Kuzain bakal mewakili MLS Homegrown untuk bertemu dengan pasukan Tigres UANL bawah 20 tahun bagi ulang tahun kelima MLS Homegrown Game. Perlawanan ini akan berlangsung di Pusat Latihan Children’s Healthcare of Atlanta.

Menurut kenyataan media kelab Sporting Kansas City juga perlawanan ini bakal disiarkan secara langsung menerusi laman Twitter rasmi Sporting KC buat pertama kali dalam sejarah.

MLS Homegrown Game adalah sebuah perlawanan pertunjukkan yang menghimpunkan pemain-pemain terbaik dariĀ  Major League Soccer dan akan bertemu dengan pasukan pilihan.

Wan Kuzain dan Lindsey akan menjadi pemain ketiga dan keempat yang pernah terpilih dari Sporting KC untuk berentap di MLS Homegrown Game.

Wan Kuzain telah mewakili Sporting Kansas City sejak tahun ini dan telah menjaringkan 2 gol dalam 6 penampilan bersama kelab tersebut. Wan Kuzain menjadi pemain berdarah kacukan Malaysia yang pertama membuat penampilan di liga utama Amerika Syarikat itu.

Sumber: Sporting KC

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)