Siakap Keli

(Video) Trump Dikritik Tak Hormat, Langgar Tradisi Ketika Perjumpaan Ratu Elizabeth II

Donald Trump telah mencetuskan kemarahan kerana kegagalan beliau ‘tidak menghormati’ protokol kerajaan ketika bertemu dengan Ratu Elizabeth II pada hari Jumaat lalu.

Desas-desus ini bermula apabila Presiden lambat untuk pertemuannya bertemu Ratu, 92 tahun yang menunggu lebih 10 minit dengan cuaca yang ketika itu sedang panas terik.

Sekali lagi kontroversi tercetus apabila pemimpin Amerika itu memecah tradisi dengan menolak untuk tunduk hormat kepada Ratu dan sebaliknya hanya berjabat tangan.

Trump dikatakan melakukan kesalahan besar apabila tidak menjaga tingkah laku dan berperilaku tidak baik untuk pertemuannya bersama Ratu Elizabeth.

Selain itu, ketika istiadat pemeriksaan baris, Trump dilihat berjalan membelakangi Ratu.  Trump seolah-olah memandang rendah protokol rasmi itu dan menyebabkan Ratu memintanya berjalan ke kiri agar mereka boleh jalan seiring.  Walau bagaimanapun, Trump gagal menangkap isyarat tersebut dan meninggalkan Ratu di belakang.

Perlakuan Trump mendapat kritikan hebat rakyat.

Sumber: Daily Mail, Facebook

Nur Farra