Siakap Keli

Wanita Ditangkap Jual Anak 2 Tahun Dijadikan Hamba Seks

Seorang ibu di Houston ditangkap kerana cuba menjual anaknya berusia dua tahun untuk dagangan hamba seks, kata pihak berkuasa.

Sarah, 25 tahun sudah merancang sejak Februari lalu untuk pergi ke Texas dan bertemu lelaki berkenaan yang ingin melakukan perbuatan seksual dengan anak perempuannya.

Sarah dikatakan dibayar sebanyak $1200 diatas pertukaran anaknya sebagai hamba seks lelaki berkenaan.

Tanpa diketahui, lelaki yang berurusniaga dengannya merupakan seorang detektif yang menyamar dan dalam operasi membendung jenayah internet terhadap kanak-kanak.

Sarah akhirnya ditangkap sebaik tiba di Texas dan dikenakan hukuman 40 tahun penjara atas salah laku pelacuran dan pemerdagangan kanak-kanak.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra