Siakap Keli

Kematian Pondan Yang Ditangisi, Besarnya Kuasa Allah

Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukanlah satu isu baru di negara kita. Mereka yang bergelumang dalam dunia ini, seperti juga manusia biasa lain yang memang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Namun sampai bila mahu kekal melakukan kesilapan sedangkan diri mempunyai peluang untuk berubah?

Kisah benar yang tular di Twitter mengenai  ‘Kematian Pondan Yang Ditangisi’ oleh seorang aktivis kemanusiaan, Faiz Qayyuum Abdul Majid mungkin dapat menyuntik secebis rasa insaf untuk golongan ini keluar dari dunia hitam yang penuh dosa.

Siapa pun ada, masih belum terlambat untuk berubah kerana hidayah Allah itu untuk manusia yang berusaha mencarinya. Masyarakat usah cepat menjatuh hukum kerana yang nampak ‘hina’ dan ‘kotor’ itu mungkin pengakhirannya hidupnya lebih indah dari manusia lain. Ikuti kisah ini dan jadikan ikhtibar.

Kejadian berlaku dalam satu kem khas yang dibuat untuk golongan LGBT. Seorang pondan ingin solat dalam keadaan bertelekung.

Selesai solat, tiba-tiba si pondan menangis dan meraung.

Atas hidayah Allah, dia insaf dan ingin berubah.

Setahun selepas itu dikhabarkan dia telah meninggal dunia.

Arwah memberi manfaat sewaktu hidupnya.

Orang kampung berlumba-lumba menguruskan jenazah arwah.

Golongan ini perlu dibantu dan bukannya dihukum.

Sumber : FaizQayyuum

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.