Siakap Keli

Roti Berusia 14,500 Tahun Ditemui, Lebih Lama Sebelum Manusia Mula Bercucuk Tanam

Ahli arkelogi yang sedang membuat penyelidikan di sebuah tapak di timur laut Jordan berjaya membuat penemuan yang mengejutkan apabila sebuku roti, berusia 14,500 tahun ditemui dalam sebuah alat pembakar.

Penemuan bersejarah tersebut memberi petunjuk bahawa manusia kuno sudah mengusai teknik pembuatan roti, makanan ruji dunia, beribu-ribu tahun sebelum manusia mula membangunkan teknik penanaman.

Penemuan penting yang diumumkan pada Isnin tersebut menunjukkan bahawa tamadun di Timur Mediterranean itu telah berjaya mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam penghasilan roti, lebih awal daripada jangkaan penyelidik sebelum ini. Usia roti tersebut dikata lebih 4,ooo tahun lebih tua daripada manusia mula bercucuk tanam.

Lokasi roti ditemui

Roti tersebut yang dipercayai tidak dicampur dengan ragi mempunyai bentuk seperti roti pita. Penyelidik percaya roti tersebut dihasilkan daripada bijirin liar seperti barli, gandum purba seperti out, dan tepun yang dihasilkan daripada ubi pokok papirus.

Penyelidik membuat jangkaan bahawa roti tersebut mungkin terhasil daripada budaya orang-orang Natufian, yang mempunyai penempatan tetap berbanding amalan gaya hidup nomad, di tapak arkelogi Padang Pasir Hitam.

‘Penemuan roti dengan usia sebegini adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata Amaia Arranz-Otaegui, penyelidik daripada Universiti Copanhagen.

Sehingga kini katanya, roti tersebut dikaitkan dengan masyarakat petani awal yang menanam bijirin dan kacang. Roti tertua yang ditemui sebelum ini berusia 9,100 tahun yang ditemui di Turki.

”Kami ketika ini sedang membuat kajian sama ada wujud hubungan antara penghasilan roti dengan aktiviti bercucuk tanam di peringkat awal.

Arranz-Otaegui (wanita)

”Boleh jadi penghasilan roti tersebut membuat manusia paada waktu itu mula membangunkan teknik bercucuk tanam untuk mananam bahan utama yang diperlukan dalam penghasilan roti tersebut. Mungkin disebabkan mereka mula mahu makan dan menghasilkan lebih banyak roti,” katanya.

Selain penemuan roti tersebut, penyelidik turut menemui bukti diet permakanan berasaskan daging dan tumbuhan yang diamalkan oleh masyarakat Natufian. Malah, mereka turut menemui liang berbentuk bulat yang diperbuat daripada batu basalt dan mempunyai diameter 1 meter yang dtemui ditengah-tengah sebuah pondok.

Penyelidik ketika ini cuba menghasilkan semula roti tersebut menggunakan resipi dan teknik purba yang ditemui di tapak tersebut. Setakat ini mereka sudah berjaya menghasilkan tepung daripada ubi pokok papirus.

Imej roti tertua di bawah mikroskop

‘Rasa ubi itu agak kasar dan masin, tetapi mempunyai sedikit rasa manis,” kata Arranz-Otaegui.

Sumber : Reuters

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.