Siakap Keli

Air Asia Dinobat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia Untuk Kali Ke-10

AirAsia telah dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk kali ke-10 berturut-turut.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kejayaan tersebut diraih di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2018 yang diadakan di London, hari ini.

“Anugerah itu telah disampaikan kepada Pengasas  Bersama AirAsia yang juga Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun di London,” kata kenyataan itu.

Anugerah Skytrax yang disifatkan sebagai Anugerah Oscar bagi Industri Penerbangan, merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan yang membabitkan tinjauan lebih 20.36 juta pelanggan di 105 negara dan antara lainnya mengukur  piawaian merentasi 49 petunjuk prestasi utama produk serta barisan hadapan khidmat pelanggan bagi syarikat penerbangan.

Sementara itu, ketika mengulas kejayaan itu, CEO AirAsia Group merangkap CEO Kumpulan Bersama AirAsia X Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menyifatkan kemenangan sebanyak 10 kali berturut-turut itu sebagai ‘sesuatu yang amat bermakna.’

Malah, sewaktu pengumuman kejayaan itu di Tune Hotel di sini malam ini, Fernandes turut menganggap kejayaan sejak sedekad lalu itu sebagai sukar dipercayai dan menakjubkan.

“Pencapaian ini menunjukkan bahawa penduduk ASEAN sememangnya luar biasa dan kita boleh melakukan apa sahaja asalkan kita yakini kemampuan itu,” katanya.

Menurut Fernandes, AirAsia akan terus memanfaatkan teknologi sedia ada bagi memudahkan orang ramai melakukan perjalanan udara pada kadar tambang yang rendah.

Beliau berkata, cabaran bagi AirAsia sekarang adalah kejadian di luar jangka seperti letupan gunung berapi yang menyebabkan lapangan terbang terpaksa ditutup.

Pada masa sama, syarikat itu juga sedang berusaha mendapatkan destinasi penerbangan yang baharu.

“Impian saya adalah untuk memastikan AirAsia mampu terbang ke semua benua,” katanya.

AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia yang meliputi lebih 130 destinasi di serata Asia, Australia, New Zealand serta Asia Barat.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di