Siakap Keli
Sumber : BERNAMA

Nahas Helikopter TLDM : KPT Salur Sumbangan RM1,000 Setiap Seorang Dan Biayai Sepenuhnya Yuran Pengajian Waris

Nahas Helikopter TLDM : KPT Salur Sumbangan RM1,000 Setiap Seorang Dan Biayai Sepenuhnya Yuran Pengajian Waris

KPT menzahirkan salam takziah kepada keluarga 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terlibat dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut, Perak pada Isnin. 

KPT akan menyalurkan beberapa insentif untuk meringankan beban keluarga wira-wirawati yang terlibat bersama agensi di bawahnya, antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Universiti  Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Antara insentif ialah:

1.Menyalurkan sumbangan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional  (SSPN-i) berjumlah RM1,000 setiap seorang (keseluruhan 21 orang anak mangsa  korban yang masih bersekolah telah dikenalpasti);

2.Membiayai sepenuhnya yuran pengajian sehingga tamat belajar (Program SULUNG  2.0) untuk Nurul Shahfiqah binti Mohd Shahrizan (Pelajar Tahun 1 Sarjana Muda  Keusahawanan), Universiti Malaysia Kelantan (UMK);

3.Menyalurkan sumbangan berbentuk tunai kepada waris setiap 10 keluarga terlibat.

KPT turut bersedia untuk menyalurkan apa jua keperluan dan sokongan kepada waris mangsa terutama dalam aspek pendidikan tinggi negara. 

Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan dan ujian ini.

Nurul Naqiyah