Siakap Keli

Ibu Dua Anak, Jadi Mangsa Rogol Orang Kampung Sebelum Dibakar Hidup-Hidup

Seorang ibu dua orang anak menjadi mangsa rogol lima lelaki sebelum mangsa dibakar hidup-hidup dalam kejadian yang berlaku du Uttar Pradesh, India.

Menurut laporan akhbar atas talian, Times of India, kesemua suspek dipercayai telah menceroboh masuk kedalam rumah mangsa yang ketika itu sedang berehat. Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan di daerah Sambhal, Sabtu lepas.

Mangsa kemudian telah di bawa ke sebuah kuil berhampiran dan dibakar hidup-hidup beberapa minit kemudian. Menurut saksi yang juga suami mangsa, isterinya ada menghubungi talian kecemasan ke jabatan polis namun panggilannya tidak diangkat.

Mangsa kemudian sempat menghantar satu pesanan ringkas kepada sepupunya untuk memaklumkan kejadian yang berlaku. Kesemua mangsa dikatakan kembali semula ke rumah mangsa sebelum melarikannya ke kuil berdekatan untuk dibakar hidup-hidup.

”Penjenayah itu menceoboh masuk rumah dan menemui isteri saya. Mereka bergilir-gilir merogol isteri saya sebelum meninggalkan rumah itu.

”Isteri menghubungi polis namun panggilan tersebut tidak diangkat. Dia kemudian menghantar pesanan kepada sepupunya selapas gagal menghubungi saya dan adiknya untuk memaklumkan kejadian tersebut.

”Sebelum sempat sepupunya memaklumkan kejadian tersebut kepada polis, kesemua suspek kembali semula ke rumah kami dan melarikan isteri saya,” lapor suami mangsa kepada polis.

Klip audio panggilan polis dan mesej kepada sepupunya akan dijadikan sebagai bahan bukti untuk pendakwaan nanti. Mangsa dikatakan mengenali kesemua suspek dan sempat memaklumkan nama-nama tersebut kepada sepupunya.

Pihak polis yang menerima laporan tersebut dikatakan sudah berjaya mengenal pasti kesemua suspek yang juga merupakan penduduk tempatan di situ.

‘Polis sudah menubuhkan dua pasukan khas, pasukan pemantau yang akan mengesan kedudukan semua suspek yang ketika ini masih bebas manakala pasukan serbu ditugaskan untuk menyerbu kedudukan suspek dan menahan mereka sebaik sahaja berjaya dikenal pasti,” kata jurucakap polis, Arun Kumar.

Jenayah tersebut berlaku di sebuah kampung di bawah kawalan Balai Polis Rajpura. Mangsa mempunyai dua orang anak manakala suaminya bekerja sebagai buruh di Ghaziabad.

Sumber : Times of India

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.