Siakap Keli

Tujuh Perkara Perlu Ambil Tahu Sekiranya Anak Demam Panas

Demam merupakan antara  simptom yang mudah menjangkiti kanak-kanak berikutan tubuh badan mereka yang mudah terdedah dengan kuman atau virus.

Apabila suhu badan melebihi suhu badan normal, ia dikenali sebagai demam. Demam merupakan salah satu simptom sekiranya badan mempunyai infeksi atau jangkitan.

Bagaimanapun, tahap suhu demam untuk kanak-kanak dan dewasa adalah berlainan. Menurut Institut Kesihatan Nasional (National Institute of Health, NIH), seorang kanak-kanak mengalami demam apabila suhu badannya melebihi 37.5 darjah celsius. Manakala bagi orang dewasa, adalah apabila suhu badannya melebihi 37.2 hingga 37.5 darjah celsius.

Demam ini boleh datang dengan keadaan biasa mahupun demam panas yang pastinya menyebabkan ibu bapa risau dengan keadaan anak mereka.

Oleh itu, entri kali ini berkongsi artikel dari Dr Ezairy M.Sallih di laman Facebooknya mengenai perkara yang perlu kita tahu sekiranya anak menghidapi demam panas.

Mari membaca dan semoga bermanfaat.

PERKARA PERLU TAHU APABILA ANAK DEMAM PANAS

Demam bukanlah sejenis penyakit. Kalau bukan sejenis penyakit, ia apa? Ia adalah salah satu simptom kepada beberapa perkara yang anda mungkin perlu tahu.

Apa perlu buat apabila demam terlalu panas?

  •  Tindak balas tubuh kepada serangan luar

Apabila kita mengalami demam, ia bermakna sistem imun tubuh kita sedang bekerja melawan serangan luar. Ia adalah seperti virus, bakteria, fingal, toksin dan sebagainya.

  • Suhu melebihi 37 darjah celsius

Anda akan dikira mengalami demam gred rendah ‘low grade fever’ apabila suhu tubuh melebihi 37 darjah celsius. Suhu yang benar-benar signifikan untuk dinyatakan demam ialah apabila melebihi 38 darjah celsius.

  • Jangan sampai suhu sampai 40 darjah cesius

Suhu setinggi ini amat berbahaya. Apabila suhu sudah melebih 38 darjah, ibu bapa perlu segera melakukan langkah yang perlu untuk menurunkan kembali suhu.

  •  Hati-hati pada bayi berumur di bawah tiga bulan

Jika anda mempunyai bayi yang masih kecil, serangan demam secara tiba-tiba adalah perkara yang perlu diambil perhatian. Segera bawa jumpa doktor.

  • Basahkan kepala

Ambil air suam. Basahkan badan dan bahagian kepala. Tak perlu guna air sejuk kerana ia akan menyebabkan suhu daripada tubuh lebih lewat untuk dibenaskan ke luar.

  • Ubat paracetamol dan ibuprofen

Ubat demam ini perlu disediakan di rumah. Pastikan anda telah mendapat nasihat oleh doktor. Pastikan juga doa yang diberi mengikut arahan doktor atau ahli farmasi!

  •  Bawa ke hospital

Apabila langkah untuk menurunkan suhu masih gagal, jangan teragak-agak untuk bawa ke hospital. Serangan sawan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja terutama apabila suhu melebihi 40 darjah celsius.

Sumber- Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar