Siakap Keli

Wanita Miliki Lebih 5 Anak, Punya Risiko Lebih Tinggi Hidap Penyaki Alzheimer

Kajian terbaru yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Korea Selatan mendapati wanita yang memiliki lebih daripada lima orang anak mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidapi penyakit Alzheimer.

Risiko tersebut 70 peratus lebih tinggi berbanding wanita yang memiliki anak sedikit mungkin disebabkan peningkatan mendadak hormon oestrogen menjelang penghujung kehamilan seseorang itu, menurut kumpulan penyelidik tersebut.

Hasil penyelidikan tersebut juga mendapati bahawa wanita yang mengalami kehamilan tidak lengkap iaitu mengalami keguguran atau menggugurkan kandungan juga berdepan risiko penyakit tersebut di masa depan.

Kesemua data tersebut diperolehi daripada 3,549 wanita berusia 71 tahun ke atas  daripada dua buah negara iaitu Korea Selatan dan Greece. Wanita-wanita tersebut diminta untuk membekalkan maklumat sejarah kehamilan mereka serta jumlah anak yang dimiliki.

Malah, kesemua wanita-wanita tersebut turut dibawa menjalani satu siri ujian memori dan kemahiran berfikir bagi mengesan sama ada mereka telah pun mula diserang Alzheimer atau menghidapi masalah memori yang lebih awal, mild cognitive impairment.

Seramai 118 orang wanita didapati menunjukkan tanda-tanda masalah Alzheimer manakala seramai 896 wanita pula menunjukkan tanda-tanda menghidap mild cognitive impairment, dalam laporan yang diterbitkan oleh Neurology.

Daripada keseluruhan 716 orang wanita yang memiliki lebih daripada lima orang anak, 59 daripadanya menunjukkan tanda-tanda menghidapi Alzheimer manakala hanya 53 daripada 2,751 orang wanita yang memiliki anak kurang daripada lima orang.

Manakala daripada 2,375 orang wanita yang pernah melalui proses kehamilan tidak lengkap, 47 daripadanya menunjukkan tanda-tanda penyakit Alzheimer.

Malah, ujian memori dan kemahiran berfukir juga menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai anak lebih daripada lima orang memperoleh skor lebih rendah berbanding wanita yang mempunyai anak kurang daripada lima orang.

Ujian yang mempunyai 30 mata itu dibahagi kepada beberapa bahagian. Subjek yang memperolehi 24 mata dan ke atas dianggap normal, manakala skor 19 hingga 23 mata menunjukkan subjek menghidapi mild cognitive problems. Wanita yang memperoleh memili lima orang anak ke atas mendapat purata skor sebanyak 22 mata, manakala mereka yang memiliki anak sedikit memperoleh skor purata 26 mata.

Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheirmer adalah penyakit yang progresif yang mengganggu fungsi otak, dimana berlaku pembentukan protein abnormal yang menyebabkan sel saraf mati. Ia boleh mengganggu proses penghantaran maklumat dan menyebabkan otak penghidap mengecut.

Apabila sel saraf mati, ia turut mengganggu tugas-tugas yang biasa dilakukan oleh sel saraf tersebut antaranya fungsi berfikir, memori dan orientasi. Penyakit ini menujukkan tanda-tanda yang perlahan dimana penghidapnya boleh hidup lima hingga ketujuh tahun selepas didiagnosis, sesetengahnya 10 hingga ke 15 tahun.

Antara simptom-simptom awal penyakit ini adalah kehilangan memori jangka pendek, perubahan tingkah laku dan mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti biasa seperti membuat panggilan telefon dan menguruskan kewangan.

Sumber : DailymailAlzheimer’s Association, Neurology

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.