Siakap Keli

Tempoh Setahun Tukar Warna Kasut Sekolah – Dr Maszlee

Kerajaan memberi kelonggaran selama setahun kepada semua pihak bagi melaksanakan peraturan pemakaian kasut berwarna hitam di semua sekolah kerajaan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata tempoh itu adalah bagi menyesuaikan pelbagai pihak terhadap peraturan baharu itu termasuk ibu bapa yang mungkin terbeban jika pelaksanaannya dilakukan secara drastik.

Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pelajar yang tidak memakai kasut hitam ke sekolah.

“Untuk tahun depan siapa ( ibu bapa) yang sudah sediakan kasut putih , kita bagi kelonggaran mereka (pelajar) pakai lagi. Kita faham perubahan tidak boleh dilakukan secara paksaan, kekerasan dan kita cuba memahami agar semua pihak khususnya ibu bapa dan pemain industri berasa gembira.

“Kita tidak akan buat ‘hard Landing tapi ‘soft landing’ kerana kita tak mahu ada yang terbeban dan rasa tertekan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Parlimen Simpang Renggam dan mesyuarat bersama agensi kerajaan di Pejabat Parlimen Simpang Renggam di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan ramai pihak termasuk para pemilik kedai kasut berhubung pelaksanaan langkah terbabit.

Khamis lepas, Maszlee yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam mengumumkan penukaran warna kasut para pelajar di seluruh negara daripada warna putih kepada warna hitam bermula sesi persekolahan tahun depan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang diterima Kementerian Pendidikan sejak beliau menjadi menteri.

Berhubung isu di Simpang Renggam, Maszlee meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat mempertimbangkan untuk meneruskan projek pembinaan sebuah lagi balai bomba di Simpang Renggam yang terhenti, sebelum ini.

“Satu-satunya balai bomba di Simpang Renggam adalah di bandar dan mereka banyak terlibat dalam menyelamatkan kes kemalangan namun disebabkan kedudukan balai tersebut jauh dari lebuh raya, menyebabkan mereka selalu tiba lewat di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, kita dimaklumkan oleh Yang Dipertua Simpang Renggam bahawa kita mempunyai tanah untuk pembinaan balai bomba, malah pembinaannya juga pernah dirancang tetapi terhenti. Jadi kita merayu kepada KPKT agar menyegerakan kembali pembinaan balai bomba itu di Simpang Renggam,” katanya. –BERNAMA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di