Siakap Keli

Sebak Hati Saya Bila Pelajar Ini Menangis Kerana Mak Ayahnya Selalu Gaduh – Cikgu

Didikan anak-anak bermula dari rumah dan bukan terletak di bahu guru semata-mata. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi mereka supaya membesar menjadi manusia yang berguna. Jadi setiap perlakuan dan tindakan ibu bapa di rumah sejak anak-anak kecil umpama ‘role model’ terhadap anak-anak.

Tidak keterlaluan andai dikatakan anak-anak yang berhadapan dengan ibu bapa yang bermasalah seringkali membesar menjadi anak yang memberontak dan tidak dapat fokus dalam pembelajaran terutamanya.

Perkongsian cerita dari pengalaman sebenar seorang guru ini diharap dapat menyuntik kesedaran akan betapa pentingnya layanan dan didikan ibu bapa di rumah terhadap anak mereka. Usah kerana sikap mementingkan diri ibu bapa, anak-anak menjadi mangsa seperti kisah ini.

Anak-anak jadi mangsa, faktor utama disebabkan ibu bapa yang bercerai.

Menangis cerita pada guru, mak dan ayahnya selalu bergaduh.

Guru ini terpaksa tegur ibu bapa. Apa yang dikesalkan, kes seperti ini sudah banyak terjadi.

Pokok pangkalnya, sekiranya ada masalah pada pasangan, jangan lepaskan kemarahan di hadapan anak-anak anda. Jika pergaduhan atau penceraian yang berlaku, jiwa yang paling terkesan adalah anak-anak.

Sumber : Shah Adnan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.