Siakap Keli

Boleh Bahayakan Nyawa Orang Awam, UAE Arah Tangkap Tiga ‘Instafemes’ Lakukan ‘Keke Challenge’

Pendakwa Awam Abu Dhabi pada Isnin lalu mengeluarkan arahan penangkapan ke atas tiga personaliti media sosial  kerana telah membahayakan nyawa pengguna lalu lintas lain dengan melakukan ‘Keke Challenge’ di jalan raya.

Mereka yang melakukan ‘Keke Challenge’ ini boleh berdepan hukuman penjara atau denda di bawah Kanun Keseksaan Persekutuan dan Undang-undang No 21 1995 mengenai peraturan trafik.

Menurut Jabatan Kehakiman Abu Dhabi, mereka telah melanggar undang-undang serta menggunakan media sosial untuk mempopularkan budaya yang tidak sesuai dengan nilai dan tradisi masyarakat setempat.

Jabatan itu turut memberi amaran mengenai penularan fenomena negatif tersebut dan menegaskan bahawa golongan muda harus melibatkan diri dalam kegiatan yang bersesuaian dengan nilai-nilai masyarakat dan menyumbang kepada perkembangan sosial yang lebih positif.

“Pegawai jabatan kehakiman berhak menangkap mana-mana individu yang melakukan perbuatan itu,” jelasnya.

‘Keke Challenge’ adalah sebuah tarian yang dilakukan di luar kereta yang sedang bergerak perlahan sambil membuka pintu serta mengikut rentak muzik lagu nyanyian Drake, In My Feelings.

Sumber-TheNational

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar