Siakap Keli

(Video) ”Water Hammer Effect”, Jawapan Kepada Bunyi ‘Makhluk Halus’ Seperti Bunyi Guli Dalam Dinding Rumah

Dalam masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu, gangguan makhluk bukanlah satu istilah yang asing. Bukan nak menafikan kewujudan makhluk halus, namun dalam banyak keadaan, masyarakat kita dilihat mengaitkan pelbagai perkara dengan entiti paranormal tersebut.

Betul Ke Makhluk Halus?

Antara biasa terjadi dan mungkin anda sendiri pernah alami, terutamanya jika anda tinggal di kawasan perumahan flat atau apartment. Apa yang kami maksudkan adalah bunyi seperti kerusi ditarik atau bunyi guli melantun-lantun di atas lantai rumah di bahagian atas. Lebih menyeramkan jika anda mendapati bahawa rumah di bahagian atas tersebut tidak berpenghuni. Maka konklusi yang paling cepat anda buat, sudah tentu ia gangguan makhluk halus kan?

Tapi ia mungkin tidak seperti yang anda sangkakan. Boleh jadi, makhluk halus langsung tidak bersalah dalam hal ini. Bunyi yang anda dengar itu sebenarnya bukanlah gangguan makhlus halus sebenarnya. Tetapi ia adalah kesan pergerakkan air dalam saluran paip yang dikenali sebagai ”Water Hammer Effect”.

Apakah Water Hammer Effect?

Kesan Water Hammer berlaku apabila arus air yang sedang bergerak berhenti secara mengejut atau bertukar arah secara tiba-disebabkan injap air yang ditutup. Apa yang berlaku adalah air yang bergerak ini kemudian menghentam bahagian dinding paip yang juga dipasang berdekatan dengan rumah anda, sekaligus menghasilkan bunyi-bunyi pelik yang mudah ditafsir sebgai bunyi makhluk halus.

Malah, kesan Water Hammer ini juga sebenarnya turut boleh menjejaskan ketahanan batang paip yang digunakan untuk mengangkut cecair tersebut. Disebabkan sesetengah flat atau apartment menempatkan tangki air utama di bahagian paling atas, jadi anda boleh bayangkan kelajuan air yang sedang mengalir turun.

Apabila air yang sedang turun dengan laju menghentam bahagian injap yang ditutup, ia sekaligus menghasilkan bunyi dengan efek yang harmoni. antara bunyi yang biasanya adalah bunyi seperti guli yang melantun-lantun di atas lantas atau bunyi seretan seperti kerusi ditarik.

A hot water line leaked and caused a large portion of the fourth story roof to collapse shortly before 2 a.m. Wednesday at the Modera Irvine apartments in the 2800 block of Kelvin Street.

Bunyi yang anda dengar juga dibantu oleh fakta bahawa bunyi bergerak lebih laju di dalam bahan pepejal berbanding bergerak di dalam udara. Jadi tak hairanlah anda mendengar bunyi tersebut seperti berlaku di lantai rumah di bahagian atas rumah anda.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xoLmVFAFjn4]

 

Sumber : The Balancesmb

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.