Siakap Keli

‘Usia 9 Tahun Nini Kena ‘Raba’ Dengan Pak Cik’, – Pendedahan Mangsa Pedofilia

Isu pedofilia di negara kita sudah tidak asing lagi. Takut apabila membayangkan anak-anak ini terdedah dengan ancaman seksual di usia yang masih mentah. Tambahan lagi, pelakunya seringkali adalah dari kalangan orang yang terdekat atau mereka yang dipercayai.

Baitus Solehah yang dikenali sebagai rumah pelindung bagi remaja hamil luar nikah, menerusi laman Facebook sering berkongsi kisah-kisah anak jagaan mereka yang berdepan dengan gejala ini.

Terbaru, perkongsian mengenai seorang remaja yang menjadi mangsa pedofilia oleh kawan bapanya sendiri. Lagak baiknya seperti seorang ayah semestinya mampu mengaburi mata sesiapa pun. Sudahnya anak ini membesar dengan ketagihan seks melampu sehingga terjurus ke lembah hitam.

Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Sedangkan saudara kandung sendiri pun tak boleh dipercayai, apatah lagi orang luar? Ini sebab mak ayah jangan mudah mempercayai sesiapa pun !

Sumber : Baitus Solehah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.