Siakap Keli

‘Mana Lebih penting, Nak Jadi Popular Ke Berjaya?’ TMJ Tegur Syed Saddiq Isu Provokasi Piala AFF?

Isu yang timbul apabila Malaysia tersalah memuatnaik bendera Indonesia secara terbalik nampaknya semakin panas diperkatakan. Sebelum ini, pemain negara bawah 16 tahun (B16), Amirul Ashrafiq menerima ugutan bunuh disebabkan kesalahan itu menerusi laman instagram pride Indonesia.

Susulan itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq menerusi laman twitternya tampil memberi respon berkenaan isu itu. Beliau yang turut kecewa dengan provokasi tersebut memaklumkan ugutan seperti ini tidak boleh ditolerasi.

Walaupun permohonan maaf sudah dibuat, nampaknya penyokong fanatik Indonesia bersifat biadap ketika perlawanan negara menentang Thailand dalam Kejohanan Piala AFF B16 2018 di Indonesia malam tadi.

Mereka menimbulkan provokasi dengan menyanyikan lagu ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’ yang jelas menghina negara kita.

Lewat malam tadi, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi laman facebook JOHOR Southern Tigers menggesa surat bantahan dibuat kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selain turut protes tarik diri dari kejohanan tersebut jika perlu.

Berikut merupakan kenyataan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor :

Berkaitan kes terbaru mengenai apabila skuad kebangsaan B16 sedang bermain menentang Thailand dalam Kejohanan Piala AFF B16 2018 di Indonesia, kedengaran penyokong Indonesia telah menyanyikan lagu yang berunsur provokatif dan menghina iaitu ‘Malaysia itu anjing’ dan ‘Amirul itu anjing’.

Saya menyarankan dan akan memastikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menulis surat bantahan kepada AFF dan AFC serta ‘protes’ dan tarik diri dari kejohanan tersebut jikalau perlu. Walauapapun, tindakan perlu dikenakan.

Saya rasa ia perlu dilakukan secepat mungkin. Saya faham Menteri Belia dan Sukan yang sentiasa memikirkan diplomatik untuk bertindak. Ini bukan mengenai diplomatik tetapi mengenai nama negara yang telah dihina. Mana yang lebih penting, untuk menjadi popular atau untuk berjaya? Sebagai seorang ketua, kadang-kala kita tidak boleh asyik nak menjaga hati semua pihak sahaja. Kadang-kadang kita perlu lakukan keputusan yang sukar orang nak terima tetapi ia untuk kebaikan negara. ‘Leadership is about action. Not position. Sometimes you have to bite the bullet.’

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Sehubungan itu, FAM telah mengesahkan mereka telah menghantar surat bantahan kepada AFF) dan AFC berhubung kejadian itu. 

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut bersependapat dengan Tunku Mahkota Johor berkenaan kenyataan yang dikeluarkan baginda itu yang menyifatkan penyokong Indonesia cukup melampau kerana ia satu penghinaan besar terhadap nama negara kita Malaysia.

Sumber : Syed Saddiq, FA Malaysia, JOHOR Southern Tigers

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di