Siakap Keli

”Dik Baliklah, Ayah Dah Takda”, Tak Sempat Jumpa Ayah Buat Kali Terakhir, Lelaki Luah Rasa Sebak

Kehilangan insan yang tersayang seperti ibu bapa, pasangan hidup atau ahli keluarga memberi kesan yang mendalam dalam hidup seseorang. Apatah lagi jika kita tidak sempat menatap wajah mereka buat kali terakhir sebelum berpisah selamanya dari dunia ini. Mesti ada perasaan terkilan yang tidak berpenghujung. Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir tuhan.

Luahan rasa sedih dari lelaki ini yang tidak dapat menatap wajah ayah kesayangannya untuk kali terakhir membuatkan ramai sebak. Impian untuk mengucup wajah ayah yang sudah tidak bernyawa terlerai apabila jasad itu sudah ditimbus tanah. Hanya yang pernah melaluinya akan tahu bagaimana pilunya hati menanggung sedih.

Pengajaran darinya, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada. Setelah mereka pergi, yang tinggal hanyalah rindu yang tidak berkesudahan.

Bila sampai rumah, ayah sudah dibawa ke tanah perkuburan.

Rasa dunia seperti kiamat bila melihat jasad ayah sudah ditimbus tanah.

Penyesalan terbesar dalam hidup, tidak sempat melihat dan mencium ayah buat kali terakhir.

Setiap yang berlaku adalah ketentuan yang sudah tertulis. Moga semua yang melalui situasi seperti ini tetap tabah meneruskan hidup. Ini mungkin hanya secebis kisah masyarakat, tapi sedikit sebanyak memberi rasa insaf untuk menghargai insan sekeliling terutamanya ibu bapa yang masih ada.

Sumber : arelcasandra

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.