Siakap Keli

“Kesalahan Awak Boleh Kena Hukum Gantung”, Beli Barang Online, ‘Scammer’ Menyamar Kastam Dakwa Gadis Seludup Dadah

Tahun lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) telah mengeluarkan kenyataan untuk orang ramai berhati-hati dalam mendedahkan maklumat peribadi bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Sindiket atau scam ini menggunakan panggilan telefon dipercayai dilakukan oleh warga tempatan dan warga asing dan bertindak dengan membuat panggilan telefon kepada orang awam yang mendakwa diri mereka sebagai wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia melalui talian 1300 735 798 atau 4640 9078.

via GIPHY

Daripada taktik ini, sudah ramai yang tertipu sehingga mengalami kerugian mencecah puluhan ribu ringgit.  Suspek akan menekan mangsa dengan amaran terakhir dan tindakan penalti akan dikenakan jika sejumlah wang tidak diberikan kepada mereka.

Perkongsian daripada gadis ini persis modus operandi seperti orang lain sehingga diugut untuk dihukum gantung jika tiada transaksi diterima kepada mereka.  Mari kita baca perkongsiannya, semoga kita lebih berhati-hati selepas ini.

Sumber: Twitter @xcslvinhrt_

Nur Farra